Tuesday, September 25, 2007

maka, meninggal dunia Abu Talib, bapa saudaranya Nabi Muhammad saw. tulang belakang kepada tersebarnya dakwah Rasulullah saw. besarnya peranan Abu Talib, masyaAllah.

hormatnya musyrikin Makkah terhadap Abu Talib membataskan mereka dari terus mendera Rasullah saw, bayangkan dakwah Rasulullah saw tanpa Abu Talib,

tiba-tiba ingat saya kepada sesetengah manusia yg suka untuk tentukan iman manusia lainnya. Abu Talib mati dalam keadaan kafir, kata mereka. bukan saya. di waktu kecil saya, saya pernah disogok dengan satu cerita, [or is it hadis? ] bahawa Abu Talib akan ke neraka tapi kakinya dipakaikan selipar, menahan kakinya daripada panas neraka.

kata-kata akhir Abu Talib, "aku kekal dalam agama Abdul Mutalib" siapa Abudul Mutalib? bukankah Abdul Mutalib beriman kepada agama yg dibawa Ibrahim as.

Al-Quran 9:113, tidak bermaksud ditujukan kepada Abdul Mutalib.

sedih Rasulullah dengan kematian Abu talib [dan juga Siti Khadijah pada tahun yg sama] bukan kepalang. tahun itu dikenal sebagai "year of grief".

mungkin saja benar Abu Talib tidak pernah menyatakan SECARA TERANG syahadahnya terhadap Allah swt kepada umum. bayangkan, kalau secara terangnya Abu Talib mengaku keimanan terhadap Allah swt, terhadap agama yg dibawa Muhammad saw, tentu hilang hormat musyrikin Makkah terhadap Abu Talib. tentu Abu Talib juga menerima seksaan yg sama seperti yg diterima Rasulullah saw. seperti lain2 yg secara terang2 mengakui keislaman mereka. tentu saja Rasullah saw tidak mampu untuk terus berdakwah. musyrikin akan melakukan sewenang2nya. tiada lagi hormat kepada Abu Talib yg membataskan khianat mereka terhadap Rasulullah dan pengikutnya.

6 comments:

kingbinjai said...

Allah yang lebih mengetahui

Unknown said...

Salam 'Aidil Fitri kpd Afifi sekeluarga dari bakaq a.k.a. ~penarik beca a.k.a. sang kutu sekeluarga.. من العائدين والفائزين

Hasrul Halid said...

Andai langkah membekas lara,
Andai kata merangkai dusta,
Andai tingkah menoreh luka,
Izinkan saya bersimpuh-sila,
Menghulur tangan di bulan mulia..
Selamat hari raya Aidilfitri
~Hasrul Halid~

Accia said...

Salam Aidil Fitri dan maaf zahir batin. :)

Hanafi Mohd Noor said...

Banyak ilmu saya dapat dari post ni.Tq.
www.hanafionline.com

afifi said...

kingbinjai: yes, Allah knows best.
bakaq aka penarik beca: salam aidilfitri juga dari saya.
hasrul halid: salam lebaran dari saya juga.
acciacca2ra:selamat hari raya! maaf salah silap.
hanafi mohd noor: syukran! you are welcome to share yours too.

Post a Comment