Monday, April 30, 2007

kebodohan majoriti

saya menarik nafas dalam. saya termenung. saya sedih. bukan kerana saya mahukan kekalahan untuk BN. bukan juga saya menantikan kemenangan di pihak PKR.

jika beginilah nasib politik Malaysia pada masa sekarang, tak dapat saya bayangkan rupanya di masa akan datang. jika dilihat pada skala yang lebih besar, apabila dunia dipenuhi penindasan, akan didatangkan Imam Mahdi, menyelamatkan umat manusia. saya rasakan penindasan ini sudah cukup memalukan, sudah cukup menekan perasaan. tak dapat saya bayangkan penindasan yang lebih besar seperti yg selalu diperingatkan kepada kita.

saya geram. apakah pengkhianatan yg didedahkan, sara hidup yang membebankan, pengajaran dari negara-negara jiran masih tidak cukup untuk buat pengundi beralih arah. cukup sebagai amaran kepada pengkhianat di singgahsana, sebagaimana yang disarankan Tun. oooh, saya berpegang kepada prinsip, lihat kepada apa yang diperkatakan, bukan kepada siapa yang mengatakan. jadi, ini bukan bermaksud saya menerima pengkhianatan Tun suatu masa dulu.

benar bagai yang dikata. nak lihat bagaimana mentaliti [tahap pemikiran] sesuatu masyarakat, lihat kepada siapa pemimpin yang dipilih mereka. kita diberi pilihan untuk menentukan siapa yang sepatutnya berada di putrajaya. saya tak bermaksud menentang seluruh pemerintahan putrajaya. tapi saya kepingin melihat rakyat, masyarakat mendesak kerajaan. buatlah apa saja. bantahan, demonstrasi, hantar surat bantahan. desak kerajaan supaya lebih adil. supaya lebih telus. kenapa hanya anwar ibrahim, nik aziz, ezam, husam musa, kit siang [dan lain-lain termasuk beberapa kerat bloggers] yang bersungguh-sungguh mendesak siasatan ke atas pengkhianat-pengkhianat putrajaya.

dengan keputusan dan kejadian-kejadian di Ijok, saya merasakan, seperti putus sudah harapan. SPR nya yang tunggang langgang dan jelas ketidaktelusannya, dengan polisnya yang jelas berat sebelahnya, dengan kebodohan sesetengah pemuda pemudi yang goyah kerana upah seratus dua, keganasan yang tidak terkawal.

barangkali kenaikkan harga barang itu bukan apa-apa. tiada yang merasakan tekanan hidup barangkali. tiada yang merasakan mereka ditipu barangkali. tidak ada apa-apa
yang perlu diubah barangkali.

tapi saya punyai pilihan untuk bangkit. lawan tetap lawan masih terngiang-ngiang.

penemuan oleh Jeff Ooi ini benar-benar buat saya susah hati. ini bukan masalah politik kotor UMNO, bukan masalah pemerintahan Abdullah Badawi. ini masalah kebodohan majoriti.


4 comments:

  1. betul, aku pun selalu tertanya tanya, mengapa...

    ReplyDelete
  2. mengapa king..mengapa??? [retorik skit :D]

    ReplyDelete
  3. Saya tidak fikir ketewasan di Ijok boleh kita ringkaskan sebagai "kebodohan majoriti".

    "Kebodohan", jika itulah istilah yang mahu dipakai, seharusnya dihadapkan kepada jentera kerja pembangkang yang sudah mengetahui kekejian sistem pilihan raya tetapi gagal menangkisnya.

    SPR, polis ... apakah dosa2 mereka?

    ReplyDelete
  4. pembangkang bodoh atau pembangkang tidak berdaya?

    bagi saya keberanian mereka untuk bertanding despite kesedaran mengenai kekejian sistem pilihanraya itu membuktikan mereka bergerak ke hadapan. strategi mereka tidak betul, ya itu salah mereka. hahah

    dosa SPR dan polis? mereka tidak mahu berubah.takut untuk menjadi lebih baik. hidup mereka masih seperti semalam, atau mungkin lebih buruk. isnt it obvious that mereka dipergunakan? simpati saya kepada mereka yg ditekan/diancam untuk melakukan kekerasan, kejahatan atau apa-apa perkara bodoh sepanjang PR.

    ReplyDelete