Sunday, March 18, 2007

kitaran politik TPM

semalam menyorot kembali video2, wawancara saat DSAI jatuh tersungkur akibat tangan mahathir dan sekutunya. lihat video dokumentari oleh ABC ini. tiba2 marah kemblai meluap. marah dengan sandiwara. muka mahathir sewaktu press conference yg macam "see, i told you. Anwar itu rosak akhlak blablabla" kejam. bagaimana isteri beliau, anak2 beliau?

situasi sekarang. dengan rasuahnya, isu kronisme nya, salah gunakuasanya. tapi masih lagi ada insan yg tak nampak. atau tak mahu mengakui gobloknya kerajaan sekarang. aku refer kepada kumpulan ini. dan banyak lagi kelompok masyarakat yg tidak ambil pusing akan situasi politik semasa kerana percaya kepada kepimpinan Imam Hadhari ini. terpukau dengan lemah lembut dan santun Paklah. atau mestikah kita perlu orang seperti Anwar, digulingkan kerana tidak mahu tunduk kepada jenayah dalam politik. yang kemudiannya membawa satu gelombang kesedaran rakyat tentang rosaknya manusia di tampuk pememrintahan di masa itu. tapi siapa sanggup jadi Anwar di 2007 ini? Najib? dia pon banyak isu yg belum selesai.

semalam Najib dalam menyatakan hubungan TPM dan PM baik. masih baik. aku lihat, situasi ini sama seperti Anwar 10 tahun dahulunya. lihat ini.

sama bukan?

PM dan TPM mengakui hubungan baik, wujudnya teori2 konspirasi renggangnya hubungan [rumors dalam internet?], skandal TPM tak terkata banyaknya [fitnah bermotifkan politik?], Gerakan anti Najib?, wujudnya buku 100 dalil kenapa Najib tidak boleh jadi PM, orang2 dalam UMNO terus-terusan mengakui kukuhnya perpaduan dalam parti. tunggu sajalah masanya, sama ada Najib dilucut jawatan dengan tuduhan-tuduhan yg tak terjangkau atau Najib mahu berundur dengan cara terhormat. jika mahu dilucut jawatan, Najib, Rosmah dan anak2 nya itu mampu tegak berdiri sama seperti DSAI , Datin Azizah dan anak-anaknya kah??

macam mana lah agaknya DNA test result tuh ye?


3 comments:

  1. aku keciwa. reformasi telah lama tertangguh

    ReplyDelete
  2. kingbinjai: ya. dan kadang2 aku kecewa dengan pergolakkan dalam barisan pembangkang juga. seolah tak bersedia utk berperang.

    najwan halimi: yup, aku masih bersemangat utk itu.

    ReplyDelete