Friday, March 30, 2007

bintang PKR bersinar kembali.

masalah dalaman PKR kebelakangan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada keyakinan aku terhadap parti itu. dan tidak kurang menekan aku. aku tertanya, siapa yg boleh aku sandarkan harapan untuk satu agenda perubahan?

ya, mungkin usaha kerajaan sekarang ini untuk menghakis keyakinan rakyat terhadap kredibiliti PKR dan penasihatnya DSAI, berjaya. sebelum ini tidak begitu jelas kelihatan. mampu disorok dengan aura Anwar Ibrahim. sekarang ahli parti sendiri yg tunjuk kelemahan memang wujud dalam PKR. aku mula tidak senang duduk bila Ezam lepaskan jawatan. bila timbul masalah pencalonan jawatankuasa tertinggi. bila ketua cawangan keluar ahli. seperti yg dihebohkan akhbar.

sayang rasanya kalau kumpulan yg tertubuh atas sebab penindasan ini berkubur kerana tamak dan ego ahli parti. tambah pula ramai di luar yg menunggu saat mereka jatuh.

aku terlihat poster di malaysiakini, puteri reformasi returns. as for me, Izzah is another aura yg berharga dalam PKR selepas ayahnya Anwar Ibrahim. at least beliau adalah aspirasi kepada remaja dan kepada barisan pelajar yg cuba-cuba untuk memahami rentak politik negara. benar aku berharap, dengan kembalinya Izzah, moga-moga bintang PKR bersinar kembali!


4 comments:

  1. aku sebenarnya risau pasal PKR ni..tambah2 lepas baca tulisan fathi kat malaysia today.

    ko dah jenguk patah balek dah?

    anwy,mana menghilang?hehe

    ternanti2 aku tulisan kau! ;)

    ReplyDelete
  2. aku sangat risau.. +takut.

    belum berkesempatan :D

    sibuk benar aku menguruskan hal tempat tinggal :)

    terima kasih! ;)

    ReplyDelete
  3. katakan pada DSAI reformasi itu telah lama tertangguh!

    ReplyDelete
  4. mungkin saat yg ditunggu DSAI belum tiba..

    mungkin.

    ReplyDelete