Monday, July 21, 2008

pakatan rakyat mengajar rakyat untuk menunjukkan kuasa rakyat. dengan mengajar kerajaan UMNO pada pilihanraya yg lalu. dan jangan dilupa, rakyat tidak sahaja belajar untuk mengajar kerajaan UMNO, malahan rakyat boleh mengajar sesiapa sahaja yg mempermain dan mempergunakan rakyat.

tidak ada titik persilangan diantara perjuangan PAS dan UMNO. usaha dengan apa jua alasan sekalipun, untuk menyatukan PAS-UMNO adalah sangat tidak munasabah. mana-mana individu yg merasakan PAS-UMNO perlu bergabung atas nama Islam-Melayu, mereka boleh saja menyertai UMNO tanpa mengheret sama PAS. PAS tidak perlu kepada UMNO. begitu juga PAS tidak perlu kepada PKR dan DAP. tetapi oleh kerana dasar perjuangan PAS, PKR dan DAP punyai persamaan dari aspek-aspek tertentu, ianya membolehkan mereka bergabung sebagai suatu pakatan.

aku melihat pakatan ini sebagai saling melengkapi antara satu sama lain. PAS dengan kekuatan agenda Islamnya. PKR dengan kekuatan dari segi pengalaman dan pengetahuan menguruskan ekonominya dan DAP mempunyai kekuatan dari segi mempertahankan kesamarataan antara kaum.

memperkuatkan melayu, tidak sama seperti mengukuhkan Islam. jadi, menyokong usaha UMNO untuk memperkuatkan melayu tidak boleh dianggap sebagai usaha mengukuhkan kedudukan Islam. kaum lain akan ketinggalan jika Islam memerintah adalah tanggapan yg amat bodoh dan terdesak. kalau tidak, masakan Lim Guan Eng mahu mencontohi pemerintahan Umar Abd Aziz? Mat Said adalah pemimpin dari kalangan Islam, tetapi ada dari aspek tertentu, menyebabkan beliau lupa untuk turut sama mencontohi pemerintahan Umar, disaat rakyat susah, beliau sempat untuk tukar kereta. pilih saja; Lim Guan Eng atau Mat Said?

0 comments:

Post a Comment