2 comments Tuesday, January 22, 2008

sejauh manakah Abdullah Ahmad Badawi serius dalam menyelsaikan isu ini tidak lah diketahui. Apabila ketelusan itu boleh dipersoalkan atas sebab konflik kepentingan panel2 seperti yg ditimbulkan. mungkin sahaja Abdullah Badawi mendapat sesuatu in return dengan melindungi pihak tertuduh kali ini? c.mon, this is the time when Paklah can take Mahathir down. atau paklah masih belum puas berkelahi? Mahathir tak boleh knock down. atau mungkin bahaya untuk K.O punch, kerana masalah jantung Tun-Tun sekalian. mungkin sahaja!

lihat sahaja lah, be it Tengku Adnan dengan alasan "orang dalam video yg kelihatan spt VK Lingam" itu mabuk. maklumlah VK Lingam kalau mabuk memang cakap merapu, be it Mahathir himself dengan "melayu mudah lupa, separuh melayu separuh India pon sama lah", be it VK Lingam, centre of attraction... dengan "macam saya, macam suara saya". dalih. dalih. dalih.

bersiangnya panel2 nih nak siasat perlantikan hakim ke, ke nak tahu Lingam mabuk dan dia cakap merapu bila mabuk malam 20 December 2001? yg di nampaknya adalah botol wiski brandi di atas meja. adoi la. bangang!

back to update.

17th Januari
Tg Adnan: lelaki itu Lingam, dia mabuk kot?ke gila? ,
Mahathir: suka hati sayalah siapa saya nak lantik. [Good answer i supposed!], tak ingat kalau pernah berjumpa x-penolong Gabenor BNM [kes Anwar], mengakui kenal rapat dengan Vincent Tan.
Anwar Ibrahim offer 2 saksi misteri, apa macam panel? ada berani?

18th Januari
Tun Eusoff Chin: kami jumpa di airport, kemudian Lingam nak ikut ke NZ,Lingam kawan biasa2 aja, nama Tan Chong Paw was mentioned. NZ holiday itinerary fax to rohani/ jeyanthi [is this the same jayanthi mentioned in this posting? who said to be Lingam's sec. rohani tuh Eusoff chin bilang, itu sec die]

VK Thirunama sedia untuk ke kandang saksi.

i just found out this site; informative... and COOL!
he was kicked out, but no worries! because he get up and fight again! you go Ganesh!



2 comments Thursday, January 17, 2008

perbicaraan yg menjadi perhatian banyak mata; Pita V K Lingam. tapi, dahulunya, perbicaraan Altantuyaa juga hangat. tapi meleret. sampai sekarang, malas sudah untuk mengikutinya. tunggu sajalah keputusan mahkamah.

harapnya siasatan suruhanjaya diraja ini tidak mengambil masa selama itu. sekadar meringkaskan perjalanan siasatan terhadap pita kontrovesi itu:

Mui Fah tampil mengakui berada di rumah Lingam dan anaknya merakam perbualan kontrovesi itu, setelah tidak mendapat respon PM untuk jaminan perlindungan.

Jan 14-
panel was asked to excuse themselves, they refused, baseless.
BPR officer mengesahkan background dalam video, adalah rumah V K Lingam

Jan 15-
expert confirms the tape is authentic
Lingam menerusi peguamnya, "macam saya, macam suara saya"

jan 16-
BPR failed to obtain Lingam's phone number, as he said he used prepaid sim and he cant remember his numbers. yes, he have lots of prepaid lines.

Samsudin Osman menerangkan, perlantikan adalah mengikut prosedur tanpa pengaruh, dalam erti kata lain, tanpa skandal ;)

to be continued.

0 comments Monday, January 14, 2008

seorang teman yg pernah berputus asa kerana tidak punyai sedikit wang pon untuk meneruskan pelajarannya di matrikulasi [to the extent her grandmother asked her to stop study and get married. yes, it still happened in 2008! look, i dont blame her grandmother..but Thank God she refused and brave enough to look for other initiative ] dalam keadaan kesempitan. beliau dan adik kembarnya bersama2 menerima tawaran ke matrikulasi. dan ibunya berputus asa. keluarga pon semua susah. minta bantuan, dikatanya keluarganya tidak termasuk keluarga miskin. membuat rayuan kepada wakil rakyat tempatan, tidak mendapat layanan walaupon setelah penat ke sana kemari menyediakan dokumen yg diperlukan. akhirnya idea si anak meminta bantuan sekolah. nasib baiklah alumni sekolah membantu. itu pon pinjaman. dapat lah seribu seorang. tidak beberapa lama di matrikulasi, kedua-duanya mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke luar negara. just imagine, what happened if she really get married ? and yet, the government happily spent 1 million on fireworks for Merdeka celebration.

but when i asked her, she still thinks that shes ok with the current government. dia berpuas hati. malaysia maju sahaja. you know twin towers, ... putrajaya .. astronaut.. that sort of things. you get what i mean? teman itu tidak pernah sedar hak yg sepatutnya menjadi milik beliau. ini hanya satu kes. berbanding beribu2, mungkin berjuta kes lain.

bertanya kepada teman lain yg hidupnya tidak kesempitan. senang saja hidupnya. if comes the next general election, who will you vote for? again, the answer sounds familiar. "aku puas hati je kerajaan sekarang. aku tak fikir keperluan untuk tukar kerajaan. hidup aku fine je. lagi pon, aku tak nampak macam mana orang macam Nik Aziz nak perintah sebuah negara. " argggh, she maybe forgot that I am a big fan of Nik Aziz! hahah.

but, i tell you, this is no joke may i remind you, they both dont even know who KJ is! i mean they dont know what KJ stands for, and how KJ relate to the PM. in short, they dont have any idea, at all who the hell is KJ. no offence, but do you have any idea how many other people like these 2 friends of mine? again, no offence, but this is a total unacceptable ignorance!

seriously believe me, the opposition have to work really hard, i mean harder to reach the voters. tak guna jugak berceramah di hujung sana, hujung sini. masuk ceruk sana. ceruk sini. bagi peminat ceramah penerangan, ceramah politik, yg tinggal di johor, maybe sanggup ke penang pon untuk dengar Anwar Ibrahim berceramah. kempen is not all about ceramah. kempen bukan hanya tanggungjawab Anwar Ibrahim, Haji Hadi, Nik Aziz, Lim Kit Siang etc etc. orang macam aku yg takde parti pon buleh berkempen. at least, since yesterday, those 2 friends i mentioned before started to think if they should vote for the BN or not? i started off my campaign with [as i said in my previous entry], " we vote for opposition not because of they are better, it is because we cant vote for the BN. "


0 comments Saturday, January 12, 2008

berada di dalam musim dingin ini tidak begitu menyenangkan. dingin yang menggigit. tapi, bahang pilihanraya 12 tetap terasa. di sana sini bercakap mengenai PRU12. teori2 keluar sesedap hati. UMNo usah dikiralah agenda mereka. entah bila PRU pon tidak dapat dipastikan. pembangkang tergaru2. bila nak mulakan kerja?

dari jauh, yg mampu dilakukan adalah bertanya sana sini. apakah kecenderungan teman2 rapat. orang bertanya, kenapa perlu undi pembangkang?jawabnya mudah; kerana tidak adil untuk mengundi UMNO. undi pakatan BA bukan kerana mereka layak. ianya kerana, itulah pilihan yg ada di tangan. the only choice left. bagaimana kalau pulaukan sahaja PRU? jawab saya, kenapa kita tidak menjadi sebahagian daripada orang2 yg ingin menyelamatkan malaysia menjadi negara yg lebih baik. a better malaysia. kalau pon tidak boleh merubah menjadikan malaysia sebuah negara yg sempurna untuk rakyatnya, paling tidak merubah kepada Malaysia yg lebih baik daripada yg kita ada sekarang.

bertanya kepada rakan2 sekeliling. yang menjadi kembimbangan kebanyakkan orang adalah, mampukah pakatan pembangkang membentuk satu pasukan kerja untuk menguruskan kerajaan malaysia. malah, ada yg menjawab, mampukah mereka menjaga kebajikan rakyat, sepertimana yg disediakan oleh kerajaan BN sekarang. kita lihat, sejauh mana rakyat malaysia di brainwashed. even pelajar2 yg jauh keseberang laut. masih terpengaruh dengan doktrin : segala kebajikan rakyat selama ini dibiayai dari poket UMNO. mereka lupa, kerajaan [who happens to be those from UMNO; mostly] hanya menguruskan, bukan membiayai.

saya sendiri ragu2 kalau PAS mampu untuk mepertahankan kerajaan negeri Kelantan, apatah lagi untuk menawan rkayat hingga mampu membentuk kerajaan. tapi untuk menawan hati pengundi, hati rakyat malaysia, serasanya, pembangkang belum cukup meyakinkan kalau mereka boleh perform sebagai pemerintah.

kebajikan yg selama ini diperolehi adalah hak yg memang patut menjadi milik kita. bukan keistimewaan dari kerajaan BN. apa yg cuba diperjuangkan adalah, hak2 lain, atau hak yg diselewengkan, hak kita yg cuma dinikmati oleh sekelompok kecil manusia di bumi Malaysia.

salam perjuangan dari bumi UK.



0 comments Thursday, January 03, 2008

aku ingat Malaysia umumnya bersetuju untuk menyambut tahun baru 2008 secara bersederhana sahaja. tapi tidak menjadi juga. tp ade juga menteri yang beriya-iya memeriahkan sambutan tahun baru.

terkejut juga. concern juga PM, TPM, dan jemaah menteri lainnya terhadap moral team mereka. kejadian ini mungkin menjadi pengajaran kepada mana-mana gadis yg menjadi mangsa nafsu buas tak cukup isteri sendiri seorang menteri, jika berniat untuk melaporkan kes ini kepada polis, mungkin mereka patut videokan saja.

teringat pula video di youtube menayangkan seorang MB menunjukkan isyarat tidak bermoral. mungkin PM pon boleh nasihatkan beliau untuk berhenti dari jadi MB.yg pernah dikaitkan dengan rasuah. itupon tidak bermoral. yg ciluk duit PPRT itu durjana. tidak bermoral juga. mungkin mereka lupa, tidak bermoral bukan hanya aksi yg divideokan.

tak sesuai dengan konteks Islam Hadhari katanya. tp aku sedikit kesal lah. kerana tidak pula mereka memerintahkan penubuhan panel untuk mengesahkan kesahihan video klip tersebut. bukan apa, aku rasa Paklah tak senang hati kalau tak disahkan kesahihan video tersebut.

yeahhh, too bad for Soi Lek. that one definitely not a safe s*x. video yg menjadi noktah kepada Soi Lek dalam politik tanah air. paling tidak, untuk sementara waktu ini. isk, bayangkan berapa pendapatan yg Soi Lek hilang serta merta.

1 comments Friday, November 16, 2007

bila orang dah buat silap, mereka mudah melatah. it is pretty obvious when people trying to "tegakkan benang basah" heres some example; following the 10-11:


part 1/4
part 2/4
part 3/4
part 4/4

thanks to matsputnik.

these were the excerpt from Aljazeera interview with Nazri Aziz, Khairy and Malik Imtiaz. according to jeff ooi, Zam was invited to the studio but he refused. i dont think it will do any good to the Paklah's team either. Or is it Paklah, or perhaps Khairy who tell Zam not to accept the invitation? hahah, jeff ooi has a point. maybe it is because of his english.

i love it when it comes to the part when Nazri tergagap2, then Teymoor Nabili potong terus, malas nak layan penjelasan lanjut dari Nazri who seems totally helpless, hopeless and clueless. earlier, Nazri kelihatan tidak cerdik apabila menjawab soalan yg menyuruh menggariskan the line between the force and no force. personally, i believe, Malik Imtiaz doesnt have to be there, Teymoor Nabili sahaja sudah cukup untuk buat Nazri merapu-rapu. for Khairy, Oxford had taught him well in manipulating things and issues. as for Malik, he looks cool and relax.


0 comments

secara peibadinya, saya amat berharap perhimpunan sebagaimana dianjurkan BERSIH tempohari diteruskan dalam masa akan datang. dalam tempo masa terdekat maksud saya. gerakan membantah kebobrokan sistem pilihanraya malaysia peru diteruskan dengan persistent . semangat yg berkobar ini tidak boleh dibiarkan padam. ketika semangat rakyat masih lagi membara, perlu ada usaha menyimbah minyak, membarakan lagi perjuangan menentang kezaliman dan penindasan yg sudah immune kepada kebanyakkan warga tanah air.

bagaimana perhimpunan bersih mengesankan saya?

saya tidak kecewa apabila permit polis tidak dikeluarkan. itu sudah menjadi sesuatu yg boleh dijangka. begitu juga sekatan polis. ramai juga menjangkakan kekecohan dengan pihak polis akan timbul. belajar saja dari peristiwa Batu Buruk. cumanya, sedikit memeranjatkan saya apabila president UMNO yg kebetulan pula Perdana Menteri Malaysia mengeluarkan amaran yg bebunyi seperti , "
jangan cabar saya" siapa sangka, PM yg dikenali dengan lemah lembutnya, mengeluarkan amaran yg berang, keras benar bunyinya. takut juga bila mendengar amaran itu. bukan apa, PM seolah memberi jalan kepada polis untuk bertindak sesedap hati mereka. green light. ibubapa pula pastinya melarang anak mereka daripada terlibat. gerun juga dengan amaran itu. sebetulnya, saya tidak sabar menunggu hari perhimpunan. mahu melihat sendiri kesan, dan outcome perhimpunan itu, inspite amaran keras PM. tak lupa juga cercaan menantu Oxfordnya.

tak tidur malam aku dibuatnya. bila traffic jam di site harakahdaily, barulah aku mengalah. tidur juga akhirnya. tak penting itu semua. cumanya, bangunpagi itu, membaca laporan dari media2 yang melaporkan, excited state aku sangat lah tinggi. peserta yg menyertai march to Istana Negara, wahhh, 40000 itu sudah cukup untuk buat menteri-menteri, termasuk ketua segala menteri malaysia melatah. cukup untuk buat KPN tersasul. yg 40000 pon disebut 4000.

ianya satu moment yg cukup manis saya kira. usah disebut lah kalau yg hadir itu hanya kelompok pembangkang, tetapi yg hadir termasuklah pekerja kerajaan, pelbagai kaum malahan dengan bangga dan beraninya barisan pelajar. walaupun kerja atau pendidikan mereka jadi pertaruhan, menentang untuk menuntut keadilan itu diletakkan di tempat yg tinggi.

malahan semangat itu turut sampai keseberang benua, di MSD London contohnya. kuning di peta dunia.

syabas!




3 comments Thursday, November 15, 2007

siang tadi menghadiri Students' General Meeting. isunya, fuhhhhh. the first amendment they are fighting for is: "Peace through Education" . An attempt by the pro-Apartheid lobby on campus to destroy our twinning agreement. It is a racist motion that paints all Palestinians as terrorists and tries to blame the victims of occupation for the conditions of that Occupation itself.

perdebatan tadi dilihat sebagai pertentangan antara yahudi dan juga muslim. samada mereka berjaya di"saiko" oleh dakyah-dakyah yahudi, atau mereka yg turut berkongsi rasa dengan penuntut-penuntut Palestin yg dilabel sebagai terrorist.

and alhamdulillah, pro Palestinian menang. banyak saja lagi motion2 lain yg diperdebatkan selepas itu. antara yg menarik minat adalah "Do Not Attack Iran" if students, [tak grad pon lagi, dan rasanya mereka bukan lulusan Philosophy, Politics and Economy pon] berani untuk berdebat isu-isu yg sedemikian besarnya, kenapa tidak UMNO? bukan sedikit cabaran demi cabran yg dikemukan oleh pembangkang, ajak bertarung di medan debat seperti jantan, tapi kecut pula mereka.

dunia harus tahu kotornya politik yg dimainkan UMNO. segala jentera menjadi kuda tunggangan mereka. media, polis dan sebagainya. Pelajar di ikat dengan akta. Rakyat ditakutkan.

Lawan UMNO sama seperti melawan Agong.


2 comments Sunday, November 11, 2007

slept at almost 6 am. menunggu updates langsung dari Malaysia. tp bukan jalan di KL je jam. malaysiakini, harakahdaily pon jam. then terpaksa jugak tido sbb ada function kena attend afternoon nanti. woke up at 1130 am. site2 dah kurang jam. thank God, tak rasa kecewa. in fact i am proud man! proud because of the 40000 [more or less] people back in Malaysia!

***

harapan itu ada!

***

the only thing which came into Najib's concern is "peniaga terpaksa tutup kedai!" tak boleh ke dia came out with more intellectual analysis about the event? bagi laa komen yang nampak seperti orang buat kerja. bukan sekadar komen untuk karangan PMR.

seems like the top leaders benar-benar seperti hilang punca, terkedu mungkin dengan kejayaan perhimpunan anjuran BERSIH itu. kalau Najib dengan isu businessman kena tutup kedai, sahabat baiknya pulak dengan "jangan libatkan raja dengan politik" perhimpunan ini bukan tuntutan kepentingan badan politik. ini tuntutan kepentingan rakyat. itulah gunanya Raja. melindungi rakyat yg bersumpah setia kepadanya. kalaupon paklah rasa tuntutan BERSIH itu nonsense, tk perlulah dirisaukan sangat diorang nak berhimpun ke, nak hantar memo ke. apa die nak risau? isu nak trap king into politics langsung tak perlu timbul laa kot?

btw, Zam, what do you care about perception? bukan ke kerja menteri2 malaysia selama nih dok promote keindahan, kecantikan, kedamaian, kedemokrasian malaysia ke? which part pulak al-jazeera came with pre-judgment yg tidak baik mengenai malaysia? you wanted to know the reason why Al-Jazeera come out with such question, zam? it is this part! and shit, malunya aku mendengar Zam membebel dalam Al-Jazeera nih! paklah please, kalau pon tak setuju dengan idea electoral reform, please and i mean it, pleaaaassseeeee tukar Zam with someone else!

***


lawan like a real man laa woi!

4 comments Friday, November 09, 2007

good day people! after such a longgggg silence! tangan ini gatal saja mahu menulis setiap hari, then again you wont believe what ive been through. sometimes, i feel like quit my degree course and jadi menteri malaysia. most of them bukan ade otak sgt pon. no offense! ooppps, my mistake, they have good degree, but they dont think.

by the way, this entry. specially dedicated to those who will be joining this saturday rally. ahhh, people, if only I were in malaysia. [najwan, ko pegi ke?] tak tahu lah, saya pon tak sure whether parent saya benarkan utk join this very important march to merdeka square.

despite amaran drp KPN, still, rasa nak join itu ada. c'mon people, at some point, malaysians harus bertindak. inilah masanya. untuk tunjukkan khurafat yg menjadi amalan kebanyakkan melayu "hanya UMNO yg mampu memerintah Malaysia" is over.

we can see, the government, UMNO khususnya mencuba sehabis boleh untuk menggagalkan usaha mengumpulkan 100000 orang sabtu ini. they hacked into BERSIH site. police, in fact IGP warned the public to stay away from the event, khairy with his beruk scandal. and yet the PM still act like nothing happens. as if this saturday event is just another propaganda from the opposition.

saya salute kepada bakal peserta2 Sabtu ini. mungkin ia bakal menjadi Calamity of Saturday kepada UMNO dan rakan-rakan. kalau pon anda menjadi mangsa kepada penindasan sang penguasa kejam sabtu ini, at least, you've done your part to the country.

my best wishes from the uk. all the best.