0 comments Tuesday, January 09, 2007

ulang Dr Burhanuddin Alhelmy; "dari robohnya kota melaka, kita bina jiwa merdeka!"
kalau matapelajaran sejarah itu dasarnya untuk menanam semangat cintakan negara dalam diri pelajar, matlamat itu gagal. bermula darjah 4 aku belajar sejarah. terus terang, aku benci subjek nih. sebab? nota die panjang2. aku nak hafal pon susah.
see my point? aku tak faham pon apa sejarah. aku tak faham pon apa makna sejarah. aku tak reti nak menilai apa harga sejarah. aku tak rasa. adakah aku perlu hidup dizaman kemelaratan melayu semasa dijajah baru aku bleh faham nilai harga negara merdeka? cikgu suruh aku hafal nota2, buat nota lawa2, siap peta minda, beli lagi ringkasan padat nota sejarah, supaya senang, cepat, ingat fakta2 sebanyak mungkin utk aku jawab masa exam. kesannya? sejarah sekolah rendah, kita belajar bagaimana melaka dapat nama, bila dah hujung2 sekolah rendah, baru kita masuk bab bagaimana kedaulatan raja-raja melayu. tapi hakikatnya, kita tak kenal apa peranan raja-raja melayu sekarang. selain yg kita selalu dengar, raja-raja melayu ini bergilir setiap 5 tahun dan ditabal menjadi Yg Dipertuan Agung. masuk sekolah menengah kita belajar kegemilangan melaka, hebatnya tanah melayu sebagai pusat tumpuan orang belajar ilmu, pusat pertembungan orang2 bisnes, tengah laluan kapal2 dagang, kemudian kita diketengahkan dengan bermulanya pembesar melayu yg akhirnya memberi laluan kpd kuasa asing menakluki tanah melayu [itupon tak banyak didedahkan dalam silibus, aku rasa aku lebih banyak dapat info dr sebuah filem [p.ramlee ke? yg ahmad nisfu jadi ketua delegasi portugal yg datang nk berdagang di TM tuh..] yg mengupas kisah postugis di TM] yg ada dalam teks, aku dok hapal peta kedudukan strategik melaka, tahun2 kronologi kejadian2 penting. kemudian, di akhir2 utk masa form 2 kita belajar pahlawan2 melayu yg berjuang untuk mendapatkan kembali kuasa yg dipegang oleh kuasa asing. yg kita tahu, dulu atuk nenek kita derita sbb penjajah ini zalim.kita hafal bila inggeris masuk, tahun bila kuasa portugal, kemudian jepun dan sebagainya. kita hafal pulak nama2 pahlawan ini dan bagaimana mereka bangkit menentang penjajah. nama2 seperti tok janggut, dato bahaman, dato maharajalela, mat kilau, tuan haji abdulrahman. aku hafal sume kisah mereka. tapi faham ke aku apa yang mereka perjuangkan? bila dah form 3, masa nk PMR, dah masuk bab malaysia nak merdeka. kita didedahkan dengan kelahiran cerdik pandai yg buat rombongan menuntut kemerdekaan dari penjajah. akhirnya kita dibebaskan. bile dah masuk form 4 form 5 kita dah belajar sejarah dunia. 6 tahun kita belajar sejarah negara. dari satu kawasan yg tak punya apa, sehingga adanya kuasa raja, kemudian hak dirampas, kemudian kita tuntut hak itu smula. kita tak nafi peranan UMNO,MCA dan MIC ketika itu. sebab itu, ramai dikalangan pakcik makcik dikampung, walau ape pon jadik, mereka akan tetap sokong BN. kerana pada mereka, pakatan BN telah buktikan pemerintahan mereka dgn jayanya. mereka kenang jasa Tunku, Tun Hussein Onn dan lain2.
dah nak 50 tahun merdeka, hidup di negeri sendiri. negara punya bangunan tertinggi, bangungan indah cantik, jambatan baru, orang dah bleh naik ke bulan, kita sibuk bile kuasa asing cabuli hak dinegara orang, kita bising bila orang lain hidup merempat di negara mereka. kita sibuk dengan tepi kain orang, tapi aku tak ambik tahu hal orang disebelah aku. aku tgk video mcm mana rumah setinggan diroboh, banyak saja laporan2 [akhbar bukan perdana] gerai2 kecil diroboh, orang yg hidupnya merempat [pernah tengok rancangan tv3?] makan kangkong yg dikutip dr longkang, yg tak pergi sekolah, dan baru2 ini; kes di sarawak murid tahun 6 gantung diri sebab tak bleh nak bayar yuran sekolah. imagine, baru 12 tahun tapi betapa die tak tahan dengan kemiskinan yg menghimpit dirinya.
kenapa kita perlu ada pemimpin? supaya mereka itu uruskan pendapatan, sediakan kemudahan dengan duit kita [cukai, kekayaan hasil bumi negara;minyak, balak etc] tapi kata menteri kerjaraya, "kamu nk kemudahan, kamu kena bayar skit lah", kawal harmoni masyarakat.
tapi, senario sekarang, gaji pemimpin RM 20 000, rumah free, kereta free, tol tak kena bayar dan beberapa keistimewaan lain yg kita tak tahu[ade jet peribadi ke?]. nasib orang melayu, yg bertani dari dulu, sampai sekarang pon bertani lah. gaji penjawat2 awam pon kekal spt 5,6 tahun lepas lah. tapi dalam setahun ke setahun, harga barang naik, harga minyak naik, harga tol naik, sekarang kecoh harga bahan binaan plak meningkat naik.
bayangkan eye on malaysia itu kita boleh habiskan 30 juta, mende yg kita anggap mampu tarik pelancong dan menjana pendapatan sebanyak 44 billion yg kita tak tahu lagi hasil tuh akan disalurkan kemana. tapi kita gagal selesaikan masalah seorang anak kecil yg tak mampu nak bayar yuran sekolah yg tak cecah RM200 pon aku rasa sehingga die boleh fikir utk bunuh diri dan die mati sia-sia. bukannya gantung diri terus mati macam tuh je. seksa wehh dalam proses nak mati tuh. sakit. tapi die tekad tk bleh hidup dah. bukannya kita kena mintak dr Sir JWW Birch utk bayar yuran sekolah. pemimpin skarang ini, kita undi! majoriti undi! melayu macam kita jugak. duit tuh pon, bukan duit mereka perseorangan.
orang2 miskin ini semacam ditindas oleh kaum mereka sendiri. dijajah oleh orang yg mereka percaya. orang kaya apa mereka peduli. mereka ada duit, senang hidup mereka, senanglah. tahun ini ke US, tahun depan ke london, 2 tahun lagi ke australia, lepas tuh ke china,spain,jepun italy etc. sudahnya satu dunia die dah keliling.
merdeka itu, bila kita kembali seperti dulu. aman. orang protes bila ada ketidakrasionalan [klik untuk video demo against toll hikes di bandar sunway]. bila kita tahu mana perginya duit keluar masuk, kita dapat kemudahan yg sepatutnya kita dapat [bukannya dapat kemudian dipaksa bayar dan tanggung kenaikkan harga beberapa tahun kemudiannya], kebebasan untuk suarakan apa yg kita rasa perlu.
dan aku andaikan jiwa merdeka sbg perasaan seorang manusia yg tenang hidup dalam ruang lingkup tanah airnya, jiwa yg tak terkongkong, hati manusia yg bebas memilih, manusia yg tak terbeli dengan janji2 dalam manifesto pilihanraya yg belum tentu terlaksana [dan kita rasakan sendiri sepanjang 50 tahun siapa yg tunaikan janji dan siapa campak ke tepi, peribahasa kerana nila setitik; rosak susu sebelanga tak bleh nak apply dalam hal nih] dan tak tergadai dengan RM50;untuk satu pangkah!

0 comments Monday, January 08, 2007

bengang nye aku seminggu dua nih. nak access site2 dr msia. susah yang amat! lembap. diorang ckp, 2 minggu dari skarang, connection akan pulih seperti biasa. tapi, 2 minggu tuh, terdera jiwa aku nih.

laporan utusan klik sini!

0 comments

The concept to "Eat Right For Your Type" - or "Blood Type Diet " is based on research conducted by Peter D'Adamo, ND, who claims that people fare better (including with weight management) when tailoring their diet to their specific blood types. He advises:

1) Type A types should basically stick to fruits and vegetables (high carbs / low fat).
They have thicker blood than other blood types, a sensitive immune system,and should not consume dairy products, animal fats and meats. They are at a heightened risk for cardiovascular disease, diabetes and cancer.

2) Type B types should consume a balanced diet (fruits and vegetables, grains, fish, dairy, meat, but avoid chicken). They have the best chance of bypassing or overcoming everyday types of diseases, including heart disease and cancer.

3) Type AB typesshould consume a mostly vegetarian diet, and only on rare occasions some
fish, meat (no chicken), and dairy.

4) Type O types should basically stick to a high protein diet (including red meat), low carbs, and enriched with fruits and vegetables. They should limit the intake of wheat germ,
whole wheat products, corn, and avoid dairy products and most nuts. Type O types are commonly affected with hypothyroidism, high stomach acid (leading to ulcers), and thinner blood with greater resistance to blood clotting.

Source : http://www.acu-cell.com/btd.html

im A-type. no wonder i cant and i dont and i wont drink fresh white milk :D

0 comments

pepatah dr status ym adik saya[kredit untuk awak tahu siapa awak :D ];
"Jangan difikir derita berpanjangan kelak akan membawa putus asa kpd Tuhan"

tapi, aku nak buat unsur inversi sket; hasilnya:
"Jangan berputus asa kepada Tuhan, kelak akan membawa derita berpanjangan"

utamanya, jangan pernah kita putus asa pd Tuhan. takkan mungkin kita dikecewakan. Tuhan menjanjikan bahagia kepada orang2 yang sabar. aku tak dapat ape yg aku nak tuh skarang, ade satu masa, aku akan tersenyum puas.
biasalah tuh, aku pon selalu saja ingkar. dan aku expect Tuhan nak bagi semua kehendak aku?

2 comments Saturday, January 06, 2007


KL dah setanding London. sehebat manchester. mereka ada, kita pon ada! dalam masa 2 minggu, teknology dr germany switzerland semua kita pakai. 30 juta! untuk? tahun melawat malaysia 2007.
individu2 terlibat masih lagi bincang sama ada mende nih akan stay atau diremove after tahun melawat malaysia 2007.
katakan lah orang pilih destinasi pelancongan. org pilih negara yang ada ferris-wheel ehh? dah habis 30million tapi tak sure lagi mende alah nih patut di remove selepas tahun melawat malaysia?

0 comments Thursday, January 04, 2007

smalam aku mimpi, balik ke malaysia. and kawan aku ajak ke pasar malam. jumpa ramai gile orang. pastuh, kitorg decide berpecah, cari food kehendak masing2, pastuh kumpul blk kt salah satu stall kt situ..
aku merayau2. terkejut aku, cikgu add maths aku, jual keropok lekor. [bengong gile] dah laa mahal. cesssss. pastuh, aku sampai satu gerai yg aku mmg biasa pergi. dulu2, aku slalu beli nasi minyak, ya, kat klantan bukan time kenduri je ada nasi minyak. tiap2 malam pon bleh makan nasi minyak. tapi dalam mimpi aku smalam aku tk order nasi minyak, tapi aku order nasi kerabu [atau sesetgh org panggil nasi ulam?] siap mintak lauk xtra, iaitu ayam percik, solok lada [aku tatau nama standard mende alah nih, bleh google saje picnye] dan telor masin. and biasa, air kegemaran aku, teh tarik. padahal teh tarik biasanya aku order time pagi je.. sb malam pon panas kt msia, tk sesuai nk minum teh tarik. and biasanya aku akan order air kelapa!!!
duduk2 makan. bahagianya mimpi aku.

bangun2 je aku pikir, makanan ape lagi aku terasa nak makan aaa?
pastuh aku pon sebuk laa cari gambar..


ayam percik. and of course mama punye nampak lagi sedap!

somtam/ salad betik siam. basically a mix of grated papaya, lime juice, garlic, groundnut, dried shrimps, tomato, sugar and salt. sedapppppp!


ikan steam kat restoran aku tk ingt nama. imagine makan ikan kukus from a hot plate. panas2 lagi!! [ok! aku dh ingt nama restoran tuh. sehari smlm aku pk; D'mina Restaurant]
menu tambahan lain; ayam halia, daging masak merah, tomyam.adeiiii.

roti bakar + teh tarik di white house kopitiam at 12 am?? huh. miss those time.
specialnya roti bakar di whitehouse kopitiam nih adalah, kayanya adalah dibuat sendiri, dan roti dibakar dgn arang. bukan electric toaster! cara diorang serve, roti bakar kosong, kaya dan butter cube di hujung tepi pinggan. then, pandai2 laah!



ikan bakar + sambal belacan = nak balik.
dengan ikan yg fresh [bkn frozen mcm kt sini!] manisnya isi ikan tuh dan sambal belacan yg super best..tade lauk lain pon takpe..
lidah melayu~ heheh..
kalau laaa semua diatas tuh bleh dicourrier...

0 comments

aku paste ini dr blog sorang brader [i guess] nih.. http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/

Just Sayin': 'Mee Rebus Rempit' and 'Nasi AirAsia', Please
By Brian Yap
New Straits Times Press
21 September, 2006

WHILE Malaysian cuisine can hardly be considered the most inventive, a visit to your neighbourhood Mamak restaurant or Gerai Tomyam would reveal a few surprises. Many of these popular eateries feature dishes that might be born from traditional recipes, but have been given a slightly different, and novel, twist.

I’ve tried Roti Pizza (Roti Canai, topped with ingredients like ketchup, sausages and mixed vegetables; no good), Teh Ais blended (the usual drink, but thrown in blender and costs three times the price; not bad) and Nasi Goreng USA (fried rice, but with udang, sotong and ayam; quite good).

I’ve also seen, from a distance, Roti KLCC; scary twin towers made of Roti Canai dough, complete with a connecting sky bridge. Even scarier: it was an adult who ordered it.

Some of these dishes are more about novelty than taste, but they do offer a nice change from the usual fare. Here are some of the more creative ones I’ve come across:

• Thosai MBPJ: Same as the usual thosai, but shaped like a billboard, complete with branding marks made with a special griddle. Despite the additional revenue, however, these thosai are still priced above the regular ones.

• Roti Mawi: Don’t tell anyone, but it’s just regular Roti Canai. But since it’s endorsed by the popular singer, his legion of fans rush out to order it anyway.

• Mee Goreng Sepet: Noodles stir-fried with a mix of Chinese and Malay ingredients. Culinary purists, would refuse to eat it, saying it corrupts individual cuisine. Some might even go as far as labelling it "pencemar makanan".

• Mee Rebus Rempit: I don’t think this is new, but has suddenly become popular. The mee is served first, followed by an acrobatic chef pouring hot gravy over it while doing all sorts of acrobatic stunts. A few accidents have happened before, prompting authorities to clamp down on the dish. But until today, it is still served openly.

• Roti Kuala Lumpur: Roti Canai torn to pieces, covered in a messy slop of dhal curry. It used to be called Roti Banjir, but restaurants decided the new name was a little more unique, and just as apt.

• Roti Baghdad: A spin-off from Roti Kuala Lumpur, except that it’s half the portion size, and covered in sambal instead of dhal.

• Ikan Bakar Steve Irwin: Some tasteless restaurateurs have decided to profit from the Crocodile Hunter’s death. It’s grilled stingray, in case you haven’t figured that out.

• Sup Nazri: Essentially, a soup made with cupfuls of cili padi. Always served boiling hot. It’s so hot, many have walked out of the restaurant in protest.

• Nasi AirAsia: For those on a budget, this very, very affordable rice dish is an ideal meal. The only downside is it often takes hours to arrive, and looks suspiciously like plain white rice.

• Teh Tarik Special: This is the same sweet beverage we all know and love, but now with sugar being such a premium product, it is now rebranded, complete with a higher price.

• Naan George Bush: Very, very large piece of naan that threatens to cover all the other dishes ordered.

• Kari Tony Blair: Beautiful-looking but bland curry that is served only as an accompaniment to Naan George Bush. I don’t think I’ve ever seen it on its own. Some restaurants call it Kari John Howard.

• Mee Goreng Siti: One of the most ornate dishes I have seen at a mamak restaurant. Served on fine bone China, and prepared with the finest imported ingredients. Used to be available in single portions, but is now served only for two.

• Roti Singapura: Slices of white bread neatly arranged on a plate, served only with pre-approved accompaniments.

Those seeking to add different flavours could have their food taken away from them.

• Nasi Goreng Politikus: It’s a cake baked with kaya.... oh, did I say nasi goreng? No I didn’t. I was misquoted by the Press. And no, I won’t apologise for what I said. - NSTP


Off course, lets not forget the "Roti Pak Lah" and "Roti Mahathir" joke circulating. Yes, one is the common Roti Canai Kosong and the other is your ubiquitous fast disappearing breed of Roti Canai Bertelor. I'm sure you can figure out, which is for which ... hehehe

0 comments Tuesday, January 02, 2007

kata seorang pensyarah ekonomi dr UIA lg.. die bilang, penurunan cukai jalan ringankan beban rakyat.. entah mcm mana mamat nih dpt idea nih.. aku pon heran laa. aku agak, pakcik yg dok sembang kedai kopi tuh pon tahu pikir.
turunnya cukai tuh dr RM10-RM1059. mengikut cc kenderaan. kalo pakcik makcik yg kais pagi makan pagi, atau yg bergaji kecil, of course laaa pakai kete kecik2 je. tk pon, moto je yg jadi kenderaan ulang alik. dan potongan yg mereka dpt? RM10 je??? yg dipotong cukai jalan sampai beribu tuh, org yg berkereta besar, kereta mewah!!
kalo nk compare turunnya cukai jalan yg RM10 tuh. berapa kali org bayar cukai jalan setahun? tiap2 hari ke???
cuba tgk ape yg diorang WAJIB bayar. minyak yg dok isi dalam motor atau kancil diorang tuh[sekadar contoh]. ambik contoh dr utusan online itu sendiri; kereta wira yg dulunya mereka kene bayar RM106.80 skarang kene bayar RM90. berapa je beza nya? mcm takde kesan pon? tol yg mereka dok ulang alik setiap hari tuh. itu yg mengesankan mereka. bukan cukai jalan yg RM10 tuh. kalo RM 10, 10 hari diorang lalu ulang alik kat tol pon, dah habis RM10 tuh.
pastuh; ahli2 ekonomi nih pon bersorak, katanya; "bertimbang rasa sungguh anda!"

UPDATE:

http://www.jeffooi.com/2007/01/for_whom_the_tolls_toll.php

0 comments Monday, January 01, 2007

tv3 semalam melaporkan ramai penduduk di kota kl berkumpul di dataran merdeka. harap mereka nk bersama2 melaungkan MERDEKA! MERKDEKA! MERKDEKA! sebagaimana biasa. tanpa mempedulikan yg umat Islam baru saja menyambut aidiladha. dan yang menunggu untuk merayakan tahun baru tuh tak lain tk bukan yg Islam juga! apa yg lebih penting pd mereka adalah pertunjukan pentas oleh artis2 di pentas, pertunjukan bunga api yg selalu mereka rasa tahun2 sebelumnya. salah siapa?
katakan lah sambutan tahun baru itu diadakan seperti biasa.
kita akan ckp, panganjur2 ini tidak sensitif akan nilai hari raya yg disambut oleh warga Islam. syukur, tiada yg cuba menganjurkan sambutan di dataran merdeka. [kerana sambutan masih juga ada di tempat2 lain; di bintang walk misalnya] mungkin kerana sensitiviti mereka. tp lain pula halnya yg berlaku. rakyat2 pula yg tidak sensitif. mereka pula yg meminta supaya diadakan konsert, pertunjukan bunga api dan sebagainya.
sama seperti anak kecil. mereka bukan paham. mereka dah terlalu dimanjakan. mungkin mereka tak tahu mereka ini silap. dah naik minyak. sepanjang hidup mereka, mereka diberi apa yg mereka kehendakkan. nak konsert, dapat konsert. nk tengok bunga api malam merdeka mereka dapat. nk gi main judi tgh2 malam, pon mereka dapat. nk pusat hiburan, pon dapat. so skarang, bila malam merdeka takde sambutan seperti yg mereka selalu dpt, bisinglah mereka itu! manja sungguh!

0 comments

handset ringing seawal jam 5 pg.. ngantuk gile.. dah laa penat.. aku angkat, pastuh aku buat2 tk dengar.aku dh bajet, nih mesti dr msia yg tk prihatin perbezaan waktu nih. geram pon ade. mcm yg aku expect pakcik aku yg call. niatnye nk ucap selamat laa kot. dah aku buat2 tk dengar tuh, die letak phone. die call lagi, kali nih aku angkat, tp aku biar je die ckp sorang2.mcm ade masalah ngan network laa. die letak lg. pastuh die call lg. aku btol2 tk mampu nk layan phone skarang. sudahnya 3rd time tuh aku biar je. satu sbb aku tknak layan phone call skarang adalah aku nak maximizekan masarehat aku. kalo aku bgn layan org ckp phone, of course susah nk tido blk. thank God. akhirnya die dh tak call lg. bgn subuh, after solat aku call laa die blk. aku tk angkat call tuh bukan malas nk layan, tp masa tk sesuai. sbb siam raya sehari awal, so mama ngan adik2 blk sana dulu. papa tk join, sbb kete die gi service. kene service before raya kalo tk nk tunggu kedai bukak sume, problem2. dah ckp2 ngan atuk, nenek sume. aku pon letak phone. aku ingt msia dah raya jugak, rupanya tak. adik aku sekor tuh tgh excited nk gi plkn. ntah pape aaa. tp aku suruh die take note pasal nik adli yg dikatakan masuk silibus plkn sbg topik pengganas dr malaysia.
selesai.
berdering lg phone aku. rupanya pakcik aku. adeiii.rajin laaa plak die nak call aku bnyk2 kali. parent aku pon tk pernah call. sbb aku ckp, kalo nk ckp, msg je.aku bleh call free dr free minutes aku. [tk larat aku nk habiskan 400 minutes weekdays and 2000 minutes weekend] kali nih, pakcik aku cakap tok sedara aku [adik kpd atuk aku kt siam] nk ckp ngan aku. seingat aku, kecik2 dulu aku agak rapat ngan die. mak aku laa, die ckp kitorg satu geng sbb kitorg sesama gelap. pastuh, ade krisis keluarga. atuk aku ngan adik die tuh tk sebulu. bak kata p.ramlee dalam 3 abdul "mulai hari nih, kita berdua putus saudara!"
aku kira2, ade laa 10 thn kitorg tk jumpa. even aku selalu blk sana. almost setiap tahun balik, tp tk pernah jejakkan kaki ke rumah die dah. last time gi rumah die masa anak die meninggal. 11 -12 tahun yg lalu.sedih kan?
tp aidiladha ini, mama beranikan diri pegi rumah die. ye aaa. die lagi tua,takkan die nak mulakan dulu.lg pon aku rasa, luka dihati sembuh dengan peredaran masa. menurut adik2 aku, macam jejak kasih pon ade. siap nangis2 laa jugak. ye aaa .10 thn tk jumpa. dulu pernah rapat. tp sbb hal yang kecik, bleh tk bertegur sapa. kata pakcik aku, tok ayah nk ckp ngan aku. btol.aku rapat ngan die. kalo dulu, die selalu bg duit kt kami adik beradik. dan selalunya, aku dpt extra. pastuh berborak laa aku ngan die. aku tk phm sgt die ckp. ade pelat2 siam sket. dan die pon susah nk phm aku ckp. cuma aku sempat berjanji. janji aku, aku blk nnti aku akan usaha untuk ke rumah dia. katanya, die pon dah tak ingat cane rupa aku.aku ingat lg dia. rupa die lebih kurang je ngan atuk aku.so, tak susah nk cam.
atuk aku sume tanya nk blk ke tak summer nih? hai tok,tanye je ke. tak terasa nk hulur2 skit support tambang cucu yg jauh nih? ngahahahaah.