2 comments Friday, August 15, 2008

everyone is talking about competitiveness, diversity, globalization. and yet, Malay masih takut untuk compete dengan kaum lain di tanah tumpah sendiri. let alone nak berdiri sama tinggi di peringkat dunia. minda kelas pertama, think out of box, glokal; that are all bullshit!

10 percent to non-bumis. 1:9. aku tak fikir itu satu nisbah yang melampau dan mampu menggugat melayu. and i guess, if TS Khalid said 5 percent pon, these people will still be questioning, demo etc.

i am not supporting this usul because of this idea comes from PR side. when the government decided to implement "math and science in english", aku sokong jugak.

persoalan competitiveness itu penting untuk diambil kira. you see, graduate yang tk dpt kerja pon sedikit sebanyak kerana hal ini. kerana mereka adalah graduate yang average.

0 comments Tuesday, August 12, 2008

aku terkejut dengan satu buletin post di laman friendster. post itu mengatakan pelajar UiTM akan mengadakan bantahan kepada idea Dato Khalid untuk membuka 10 peratus kuota kepada non-bumi.

what is wrong with them?

sesetengah orang perlu dididik dan dibetulkan kembali tanggapan mereka yang membuta tuli. apa yang mereka faham mengenai hak istimewa melayu sebenarnya? fahamkah mereka dengan perlembagaan Malaysia?

ah, aku makin tidak faham dengan mereka. tidur dulu. moga bangun esok pagi, aku kembali tenang! dan mampu menghabiskan entry ini ;)

0 comments Monday, July 21, 2008

pakatan rakyat mengajar rakyat untuk menunjukkan kuasa rakyat. dengan mengajar kerajaan UMNO pada pilihanraya yg lalu. dan jangan dilupa, rakyat tidak sahaja belajar untuk mengajar kerajaan UMNO, malahan rakyat boleh mengajar sesiapa sahaja yg mempermain dan mempergunakan rakyat.

tidak ada titik persilangan diantara perjuangan PAS dan UMNO. usaha dengan apa jua alasan sekalipun, untuk menyatukan PAS-UMNO adalah sangat tidak munasabah. mana-mana individu yg merasakan PAS-UMNO perlu bergabung atas nama Islam-Melayu, mereka boleh saja menyertai UMNO tanpa mengheret sama PAS. PAS tidak perlu kepada UMNO. begitu juga PAS tidak perlu kepada PKR dan DAP. tetapi oleh kerana dasar perjuangan PAS, PKR dan DAP punyai persamaan dari aspek-aspek tertentu, ianya membolehkan mereka bergabung sebagai suatu pakatan.

aku melihat pakatan ini sebagai saling melengkapi antara satu sama lain. PAS dengan kekuatan agenda Islamnya. PKR dengan kekuatan dari segi pengalaman dan pengetahuan menguruskan ekonominya dan DAP mempunyai kekuatan dari segi mempertahankan kesamarataan antara kaum.

memperkuatkan melayu, tidak sama seperti mengukuhkan Islam. jadi, menyokong usaha UMNO untuk memperkuatkan melayu tidak boleh dianggap sebagai usaha mengukuhkan kedudukan Islam. kaum lain akan ketinggalan jika Islam memerintah adalah tanggapan yg amat bodoh dan terdesak. kalau tidak, masakan Lim Guan Eng mahu mencontohi pemerintahan Umar Abd Aziz? Mat Said adalah pemimpin dari kalangan Islam, tetapi ada dari aspek tertentu, menyebabkan beliau lupa untuk turut sama mencontohi pemerintahan Umar, disaat rakyat susah, beliau sempat untuk tukar kereta. pilih saja; Lim Guan Eng atau Mat Said?

0 comments Thursday, July 17, 2008

kerana satu SD oleh Raja Petra, orang yg disyaki bekerjasama meletupkan satu mayat menggunakan C4 dipanggil ke balai polis dengan cara terhormat. tidak lebam pula matanya. tiada pula polis bertopeng. tiada pula polis pengiring.

tapi hanya kerana dia adalah Anwar Ibrahim. walaupon hanya dituduh dengan liwat. berjanji pula untuk hadir memberi keterangan. disertakan dengan surat jaminan untuk hadir lagi. hanya kerana beliau Anwar Ibrahim!

mungkin keegoan PDRM tercabar apabila gagal menyusahkan PR, khususnya Anwar. samalah halnya dengan permohonan permit untuk program ceramah. perhimpunan aman membantah kenaikkan harga minyak. mungkin polis tiada kerja kalau tidak menangkap secara paksa Tian Chua, Abg Mat Sabu.

***

tadi aku menonton sekali lagi rakaman debat DSAI-Shabery. "kenaikkan harga minyak dunia" adalah satu-satunya isi yg dihujahkan oleh Shabery sepanjang sejam debat berlangsung.diselangselikan dengan membangkitkan peristiwa 1974. DSAI punyalah pulun cakap pasal ketirisan, insentif kepada syarikat besar, nett exporter minyak dll. yang tukang tanya soalan pon satu hal. macam soalan exam. soalan salah fakta, murid dapat markah percuma!

***

in average, i think DSAI did quite a good job though i did feel that Anwar did not use the chance given wisely.i know he has more to offer. maybe because of the time limit, his opposition weaknesses [Anwar make it clear to us that all of them from the government did not understand the context]. it is not that easy for Anwar to make all malaysians with different background understand what is he talking about. from orang kampung in rural areas, to those with higher education background in the urban.

hidup! hidup! hidup Anwar!

;D




3 comments Wednesday, July 16, 2008

ramai orang bodoh dalam dunia. tapi tidak ramai yg sedar mereka bodoh.malah tidak segan silu pula cuba memperbodohkan orang yg nyata jelas lebih cerdik dari golongan yg bodoh tadi. ada pula yg bodoh sombong. menambah lagi kebodohan dengan menerima cabaran agar kebodohan itu dipertontonkan kepada orang awam. orang yang tidak tahu bahawa mereka adalah dari kalangan orang yg tidak tahu.

is this the best man [and his team] the government has?

somehow, it is good to deal with stupid people. they dont know that they are stupid.

[to be continue]

4 comments Thursday, July 03, 2008

minggu ini, hangat sekali.hujan turun dengan lebat sekali, seakan mengerti menyejukkan bumi malaysia yang semakin tidak terkawal hangatnya.

bolehkah sesiapa membantu aku memahami seseorang yg bernama Ezam ini? aku tidak mengaguminya dulu kerana beliau didalam PKR, dan sekarang aku mahu membuta-tuli mencercanya hanya kerana beliau didalam kelompok yg tidak sealiran dengan aku. [aku personally kesian kepada kerajaan pimpinan TS Khalid, teruk betul kerajaan beliau dihentam media, terkini, memorandum kepada Sultan Selangor] please ezam, I'm trying very hard to understand you. adakah kerana beliau sesak nafas diselubungi 6 kotak bukti rasuah kerajaan BN dahulu? dalam kesesakan nafas, yg dijumpai hanya bukti rasuah kerajaan Selangor sekarang. mungkin juga 6 kotak yg lalu itu bertukar menjadi hanya sehelai kertas yg berletterhead pejabat Kerajaan Negeri Selangor. dan Ezam yg sama ini lah, yang hanya baru beberapa hari kembali menyertai UMNO [ditegaskan pula dengan tidak membenarkan beliau bertanding mana-mana jawatan], menghubungi PM dan TPM personally utk mendapatkan confirmation that there is no such thing as conspiracy against Anwar this time around.

and now Najib, semalam Saiful jumpa sebab nak minta bantuan pelajaran, hari ini lain pula. kerana nak mengadu dirinya diliwat Anwar? and i guess, Najib is the person yg bertanggungjawab menyuruh Saiful membuat laporan polis di pondok polis yg dirinya diliwat. is it Najib? [oh, i miss the 'Datuk Seri' title!]

and i guess [again!] this is the perfect time for Najib to get his lawyer answers the question on behalf of him. he is messing his own plot. nakal sungguh tv3 bertindak.disiarnya interview Najib-press yg berbelit-belit menjawab soalan press yg sedang kebingungan.

i remember reading it somewhere on bbc news online. it stated; sultan lose legal immunity. apatah lagi seorang Timbalan Perdana menteri yg diundi [belum dikira lagi tahap ketelusan ketika proses pengundian] untuk menduduki jawatan berkenaan?i am not saying Najib is guilty. this is where the rules "innocent until proven guilty" applied, isnt it? yes, let the police [of course not Musa Hassan please!] investigate.

i am waiting for the cut in fuel price.u know what i mean!

xoxo.


0 comments Monday, June 30, 2008

it wasn't that easy to look into someone's eyes and determine whether he is lying, or telling the truth. but it was pretty clear, Najib is hiding something when he talked to the press last night [aired on the buletin utama] am i being bias? no lah. kalau KJ, mmg susah nak teka kalau die tgh tipu ke,ke die tgh blakon ke, ke die tgh cakap mende betul. eyelid si KJ nih, tak berkedip. heran gak aku tengok. macam bukan manusia. heheh. dont get me wrong, i mean, because of his eyelid.nothing more.

najib pulak. kelakar. saiful ke Pejabat Timbalan Perdana Menteri nk mintak scholarship. gile hebat kabel. ingatkan nak mintak tolong masukkan ke universiti pertahanan ke. nak mintak tolong arrange untuk sambung belajar ke. dah kene tendang uni, buleh plak nak mintak scholarship. atas kapasiti beliau yg aktif dgn MPP kot? tapi lagi tak lojik, kenapa ke pejabat Timbalan Perdana Menteri. oooo, sbb member die keje dgn TPM kot? tapi... member die ke yg tukang bagi scholarship? aaah. mungkin ini yg UMNO definisikan sbg hak istimewa orang melayu. migrain.

i dont think Paklah is capable of handling this super scandal. Paklah, kalo nak
dibandingkan, samalah seperti komputer version dulu-dulu. memory tak banyak; asyik lupa tukar statement. RAM kecik; keje lambat, public dah baca report, die tak belek file pon lagi. he is way too weak to handle a such scandal. too fragile. cepat melatah. nak dicompare dgn Superdet, jauh sekali. he can deny his involvement, he can deny Najib's involvement, but mind you, he can change it any minute from now.

Anwar is out from the embassy. but of course not because of guarantee from the ministers. Anwar sendiri sedia maklum, jaminan keselamatan boleh diberikan bila-bila masa. kalau dah kerajaan seperti nak tunjuk jantan, DSAI juga tak kurang jantannya. beliau perlu keluar, meneruskan agenda beliau; menjejak kaki ke Putrajaya!

persoalan sekarang.. bila? and i keep on guessing on the 4 BN MPs who is going to defect. readers, any idea?














0 comments

ini semua karya asal seorang yg cukup gila. dan hina. luckily, he is still alive to see and feel the effect for what he has done in the past. he is the real superman! he is superDet! dia masih punyai maruah untuk terus bodoh sombong. tidak mengakui kesilapan malah terusan melemparkan fitnah.tidak segan silu pula dia melihat karya asalnya diciplak sedemikian rupa. dongengan ini harus dihentikan! permainan harus bermaruah!

the SIL [i am referring s for SON, hehe] mengambil langkah cermat apabila mendakwa tidak menolak kemungkinan anwar sendiri yg menyuruh si pervert itu membuat laporan polis. Anwar cuba berdrama katanya! dey anak jantan, sembunyi blakang pakmentua!

i guess, this pervert yg membuat laporan polis di pondok polis ini menaruh perasaan terhadap DSAI! cinta tidak berbalas mungkin? hahaha. Datin Seri, beware! seriously, i am tired of all this silly joke.

mereka, terdesak sekali. tak mungkin sebodoh ini dakwaan mereka. tak mungkin selemah ini ancaman mereka. ini mungkin titik dimana PR harus mempercepatkan langkah ke Putrajaya!


0 comments Thursday, June 12, 2008

jom ke perhimpunan aman membantah kenaikan harga minyak

ESOK

dr Masjid Kg Baru ke KLCC.

selepas solat jumaat.

maklumat lanjut sila ke Laman Pemuda PAS Pusat.



kita jumpa disana!!

1 comments Monday, June 09, 2008

ianya mengambil masa kira-kira seminggu bagi PM untuk membuat keputusan untuk menghadkan percutian berbayar para menteri kepada percutian dalam negeri dan negara ASEAN sahaja.

masih 'terngiang-ngiang' dimata saya, melihat keratan akhbar kenyataan daripada shahrir samad [menteri yg sepatutnya mengawal harga barang, menteri yg paling arif akan kesempitan rakyat akibat kenaikkan harga barang yg tidak terbendung] yg menyatakan usul Salahuddin Ayub untuk memotong elaun para menteri adalah tidak rasional dan mengikut emosi marah kepada menteri-menteri BN sahaja. tidak signifikan katanya. mungkin Shahrir itu sedikit sahaja elaun yg Paklah kreditkan dalam akaunnya.

yang paling aku hairan, langkah penjimatan yg diumukan paklah ini only came a week after the ministry of education mengumumkan akan mengurangkan peruntukan sehingga 800 juta ringgit. jumlah itu kecil berbanding berbillion peruntukan yg disediakan.

paid holiday menteri lebih penting dari peruntukan pendidikan rakyat malaysia. minyak mereka sanggup naikkan sehingga 46 peratus. tetapi elaun keraian menteri hanya boleh turun sehingga 10 peratus.

janji mereka mahu memberikan subsidi dalam bentuk lain. makanan seumpamanya. tetapi harga barang terus meningkat tak terkawal. sampaikan pakcik yg jual air minuman pon terpaksa naikkan harga jualan airnya kerana memikirkan untuk survive kehidupan dengan harga minyak yg mendadak naik serta tarif elektrik yg bakal menyusul naik.

ini semua kerja gila.