2 comments Sunday, December 31, 2006

dan aku akhirnya bekesempatan menonton cinta. aku dijolok dengan komen2 positif mengenai filem ini. dan, komen aku, aku expect something more dr ape yg dipaparkan dari CINTA.

cikgu elyas -rubiah
cikgu elyas yg nyanyuk, tua kesepian akhirnya membuka hati rubiah yg kekecewaan lantaran ditinggal suami yg kawen lain.
note: cam sial punye laki. dah kawen lain, bleh tinggal wife. die ingt kawen nih setakat sesaje nk kawen!
azlan-azura
accidently terjumpe, then pegi-mampos-love-at-first-sight.. azlan yg cam bengong sbb die yg tanak ngaku relationship die ngan azura sbb maybe nak jaga title the most eligible bachelor. tp sbb cinta, manusia bleh jadi macam2. azlan finally brani mngaku hubungan dengan azura. and azura pon sanggup maafkan azlan. hati sakit azura terubat dengan kejujuran dalam sebuah kemaafan azlan.
dyan-dhani
sayang antara kakak dan adik. ambil berat akan diri masing2. walaupon masing2 ego dlm menyatakan secara jelas sayang dalam diri mereka. penyesalan dalam diri dhani hanyalah setelah bangun dari lena dan menyedari kakaknya telah meninggal kerana berkorban utk dirinya.rugikan? betapa bnyk masa yg mereka ada untuk menyatakan sayang masing2.
harris-airin
sayang harris terhadap airin nampak jelas.ikhlas.bahagia. tp, harris tak pernah sedar, die bukan pilihan airin. walau airin mengakui sayangkan harris. harris goncang dikecewakan. ditinggalkan airin bukan apa yg dijangka. fikirnya airin bahagia, tp airin bertindak mencari kebahagian sendiri. betapa harris mengharap. kata azlan, harris itu hopeless romantic. tp, mungkin ini yg dikatakan, kerana sayang kadang2 kita kene lepaskan. [kredit kpd saudara penulis blog kisahitu] lagu goodbye my lover yg menjadi latar sewaktu airin teringatkan memori bersama harris begitu mengesankan. dan harris kemudiannya mencari maksud kebahagian dengan orang lain.
taufiq-arianna
lurus bendul taufiq membuka hatinya utk menolong arianna mencari "kekasihnya" yg cam sial jugak. arianna pon ape kurangnya selepas berani tanggung untuk gadai body kpd kekasih bengongnya. kemudian, dgn innocentnya berharap utk mencari dan jumpa kekasih yg terang2 lari dari tanggungjawab. taufiq seikhlas mungkin menolong. dalam ikhlas, jatuh hati. "kekasih bengong" kemudiannya datang utk bertanggungjawab, tapi tiada keikhlasan. dan arianna sendiri dalam diam sukakan taufiq. love, if they were meant to be together, tk lari ke mana.


0 comments Tuesday, December 26, 2006

recently, kedengaran bloggers bergosip tentang bahaya berblog skarang. blog2 yg obviously anti-gov dipantau hebat.
kalau dilihat dan dicari, memang blog anti kerajaan sangatlah banyak. blog yg menjadi sumber rujukan kpd mereka2 yg inginkan penjelasan. tk dinafikan.mmg mendapat sambutan. dan blog juga dijadikan tempat membidas semula laporan2 yg dirasakan tidak betul.
dan, kemudian.. terserah kpd audience.
sbg contoh. isu di johor.
dalam utusan melaporkan pas tidak sensitif dengan masalah semasa rakyat dgn mengadakan perhimpunan mega pemuda. refer ini. dan banyak lagi laporan2 lain yg menyatakan terima kasih rakyat terhadap bantuan yg bnyk membantu mereka. bantuan pihak kerajaan sampai tepat pada masa dsbgnya.
berlainan pula di akhbar2 alternatif. lihat ini. tak kurang juga ini. dan juga ini.




0 comments Monday, December 25, 2006

seperti Ahmadinejad..
tegas..aku nak buat apa yang aku rasakan betul. aku bukan emosi..aku pertimbangkan pilihan yang ada..
kesannya? biar aku yg tanggung. kenapa kamu kalut?

0 comments

hidup itu harus..tapi dalam hidup itu kita memilih. aku baru saja selesai menonton cerita "tak biasa". cerita indon. mungkin orang melabel plotnya sbg picisan. ooh, aku tak suka guna perkataan picisan. setiap karya itu harus dihargai. setiap karya itu ada harganya.siapa kita nak labelkan karya itu picisan? kalau rasa takde manfaat dari karya itu, tinggalkan.usah buang masa melabelkan!seperti juga tulisan2 di blog. usah buang masa melabel penulisnya. kalau rasa nak melabel jugak, go live in a cave!! hahah.
aku petik dari cerita itu, kata duta [memegang watak sbg abi. aku rasa sweet sgt nama nih!]
"hidup ini sebuah pilihan.dan hidup terlampau singkat untuk diluangkan bersama pilihan yg salah"
menikam maksudnya. berlegar2. yaa. hidup nih.terlalu singkat untuk dibazirkan kpd pilihan yg tidak tepat. siapa saja. atau apa saja. pilih orang yg tepat. kawan2 dan teman rapat untuk kita luangkan masa, teman jiwa untuk kita kongsi hidup, pemimpin yg kita pilih semasa pilihanraya :D pilih benda yg tepat untuk mewarnai hidup kita. rumah yg selesa, hobi yg bermanfaat, kereta yg tepat, buku, filem yg bagus. yg tepat. yg membantu kita menjadi seseorang yg lebih baik.
samada kita memilih menurut kehendak dan hawa nafsu atau memilih menurut keperluan dan akal fikiran.


dan aku tak pernah salah memilih..

2 comments Friday, December 22, 2006

cuti winter yg lalu? emosi aku cukup terganggu.
memikirkan nasib aku dalam hidup [study misalnya]. aku rasakan penat yg amat.sangat. tak mampu.
selama nih tk pernah gagal. [bukan bermaksud aku cemerlang]
takut gagal!!
mengatasi rasa takut gagal itu sendiri lebih payah dari kesusahan apabila gagal!
malu berdepan dengan pandangan masyarakat.
malu berdepan dengan realiti yg aku sebenarnya ade limitation.
pernah saja aku baca "dare to fail" karya billi lim.
di uji begini, ada kebaikkan. aku tk tahu ape keadaan aku tanpa ujian.
mungkin manja amat. selfish. tak belajar sepenuhnya erti hidup. yg bukan hanya manis.
dalam buku itu, billi lim ade memberikan contoh.

seorang yg merangkul gelaran juara untuk satu pertandingan lumba lari antarabangsa. tewas untuk tahun berikutnya, tetapi, naib juara pula yg merangkul gelaran juara. [bukan hanya satu kes, tapi banyak kes yg dijadikan sample]

bagaimana, bila manusia kalah. sifat balas dendam yg ditafsirkan secara positif. berusaha untuk mengatasi kelemahan. boleh berjaya. dengan adanya kesungguhan. jangan pernah mengaku kalah.

orang kata, kita tak give up, then mana mungkin kita kalah!




0 comments Friday, December 15, 2006

adeiiii. sakit gile. ulser nih memang aku selalu kene. dari kecik2. doktor cakap selalunya sbb kurang minum air. tp aku rasa dah banyak dah air aku minum sampai tk larat aku ulangalik toilet. heheh.
tp serius nih. sakit!! tambah plak time nk makan. sampai senget2 mulut aku.tanak bg makanan tuh tersentuh ulser.
satu site yg simple menerangkan apa itu ulser.

kalo korang search kt internet, parah gile image2 ulcer yg diorang tunjuk. aku tkde laaa sampai camtuh skali. tp ade satu tanda bulat kaler putih yg sakit gile nak mampos kalo tersentuh pape. die mcm luka gak laa. pedih kalo kene garam ke, mende pedas ke.
walaupon selalu kene, tp naseb baiklaa kalo aku kene, dalam masa seminggu je die akan pulih.tkdelaa aku jenis yg melarat2 sampai 2,3 minggu. tp, dalam masa seminggu tuh, cam cacat sket aaa.cakap pon mulut senget2.kontrol takut kene part ulser tuh.cesssss.

3 comments

soros ke malaysia.. bertemu mahathir... selain die clearkan tuduhan die dalang sebalik merudumnya ekonomi malaysia, die datang nk bincang hal lain. hal keamanan. positif.

usaha ini, mungkin juga seperti usaha anwar ibrahim yg menghadiri dan turut serta dalam program dialog2 diantara barat dan negara timur. menjernihkan kekeruhan barat terhadap negara2 islam. selain kerjayanya sbg visiting professor di university di AS. skarang nih di georgetown university which is antara 10 university terbaik di sana. [tp die dah nak blk ke malaysia pon untuk tumpukan pd gerakan keadilan politik di malysia]

diorang ade journal2 yg dikitiraf, berucap di conference2 antarabangsa. the thing is, ramai orang diluar sana berminat untuk tahu apakah pandangan dan idea dari kedua mereka ini tentang sesuatu isu. seperti perang iraq, pencabulan hak asasi, terrorism [sekadar menamakan beberapa isu] dll. lihat saja wawancara mereka bersama bbc, aljazeera, times dll.

ironi kan? di peringkat dunia, anwar ibrahim diiktiraf dan dihormati. orang2 barat [bahkan oleh orang2 islam dunia] respect kepada ideology, peribadi beliau.tapi dinegara sendiri, pernah dikecam dan didakwa dan diputuskan bersalah kerana aktiviti tak senonoh, dan beliau tidak ada apa2 selain gerakan reformasi beliau. media malaysia tk pernah dedahkan pon aktiviti2 positif DSAI di peringkat antarabangsa.

nampak persamaan.. kredibiliti, kemampuan, peribadi, keberanian diantara keduanya. ciri pemimpin. lihat ini. [sila ke perenggan ke tiga terakhir] bukan aku yang cakap, aku cuma memetik. kiranya, ade orang yg doubt akan kredibiliti pm skarang.

work harder Paklah!!

teringat cerita papa time krisis ekonomi tuh.. papa pon turut terkena. penangan saham. kebanyakkan orang macam nak gile. yg bunuh diri.yg mereng2 sket. tekanan. papa takde simptom2 nih... demam2 sket je. hahahah. drp banyak2 cite, satu crite yg aku rasa kelakar. ade sorang kawan papa. saham banyak lot jugak. tp, dah rugi. tertekan punya pasal. satu hari die jalan2. nampak makcik tepi jalan. jual kuih2. pegi tgk2.pastuh die cakap kt makcik tuh, "cik, meh akok tuh 10 lot" [akok=kuih tradisional]

0 comments Thursday, December 14, 2006

tadi tgk berita tv3.. huh... seminggu sekali je kot aku tgk berita.. tuh pon kejap je tgk... tp sempat laa tgk karam sigh walia dgn edisi bongkar salah laku alam sekitarnya.. guling2 aku gelak dengar die cakap tadi:
"nak kata buta.. tidak! nak kata tutup sebelah mata.. pon tidak! blablablabla.... ibarat buah macang dibungkus, tapi berbau juga"

antara lain.berita pembebasan razak baginda dengan jaminan sejuta RM. abang ke adik die tah yg jamin die td. hurmmm, yg menarik jugak, peguam die dah tarik diri rupanya.tanpa pernyataan sebarang alasan kenapa beliau menarik diri.

pastuh, seperti yg dilaporkan reuters, samy vellu umumkan kenaikkan tol. dan as expected jugak, kata pemberita tv3 itu:
"selain mengumumkan kadar baru itu, menteri berkenaan juga turut menyatakan rasional disebalik kenaikkan bayaran tol di 5 lebuhraya itu"
kata samy vellu, " anda perlu ingat, kerajaan masih subsidi 50 sen. anda nak ada fasiliti seperti itu, anda kene bayarlah" [macam aku tukang tulis skrip untuk die plak, samy vellu ambik point aku nih] pastuh ade point tambahan yg die bagi, "kadar bayaran tol di malaysia adalah masih yg terendah di rantau asia"

ape kata anda?

mind you people, harga akan direvised semula dalam masa 3,4 tahun akan datang.

sekadar berkongsi, klik sini.
[pandangan Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim mengenai UM dulu dan sekarang]
katanya, UM skarang tk ubah seperti sekolah menengah.

tertarik dengan salah satu idea dalam ucapan beliau.
"apa makna masa depan tanpa sejarah"
tanpa sejarah, yg kita nampak pada masa depan kita hanyalah kegelapan.dan sejarah itu bukan hanya untuk dikenang, tapi panduan. memacu ke masa depan.

0 comments Wednesday, December 13, 2006

lcct.. dah nama pon low cost. tp bajet nk buat dulu tkde laa low sangat pon. mengikut pengalaman, lcct tuh bleh dicompare dgn tempat tunggu bas. sangat laaaa tak nampak gaya airport.
dan hari nih, dalam mstar online cakap 28 flights delayed, 1 cancelled.
memang laaa harga murah. tapi tuh bukan alasan untuk air asia tak menjaga kualiti service mereka. ape2 pon, orang bayar. bukan semua penumpang dalam satu flight tuh dpt harga murah pon. lagi ramai penumpang yg bayar harga standard pon.
dan lagi pembinaan lcct tuh untuk mengelakkan traffic di klia. but still, masalah tak settle jugak. flight delays masih lagi jadi masalah. and 28 flight delayed tuh bukan satu jumlah yg kecil.
dan delay tuh bukan stgh jam. tapi makan masa 1 hingga 5 jam. ape tujuan orang naik flight. of course laa nk jimatkan masa. kalo tak, orang drive je. and kalau masalah nih terus je tanpa pemantauan, ape guna tahun melawat malaysia. and orang2 itu patut tahu. masalah tuh bukannya bermula hari ini. sejak dulu2 lagi pon. masa di kolej dulu pon. MAS boleh dipuji dari segi ketepatan masa. tapi selalu je buat hal.tapi aku tk pernah kene dgn MAS. mostly domestic flight laa.kalau aku naik air asia [masa tuh still lg di klia] tak sah kalo flight tak delay. dari flight kol 8.05 bleh die tunda sampai kol 11. pastuh, die expect aku nak meronggeng kt klia sampai 3 jam?? [naseb baik steward2 nih memang dari kalangan hensem2!]
dan, ingatkan bile dah pindah lcct bleh laa setel masalah delay2.tapi, sama je?? sedih lagi, bile notice board electronic tuh tiba2 tak berfungsi, mereka takleh nk setel masalah tuh dgn pantas sehingga terpaksa guna whiteboard.sedih kan? abeslah orang2 bawah berpeluh2 kene maki hamun dengan penumpang. management? dok dalam bilik aircond bincang project juta2. huh.
yg pasti, mereka tetap untung. orang terus naik je air asia, sbb lagi murah. nak naik MAS, harga dah bapak mahal skarang nih.melancong kt negeri masing2 je laa yeh??

2 comments

one thing i'm proud of my hometown, kelantan that is; ketika orang dok sibuk2 pasal kos sara hidup yg makin tinggi, harga2 barang yg makin naik yg menghimpit hidup, ape yg membanggakan adalah, orang2 dikelantan boleh dikatakan masih hidup dgn selesa. orang kecoh pasal tol naik, ape die peduli. takde highway kt kelantan. and even, masa aku balik tempohari pon, kota bharu sudah berubah wajah. makin banyak lot2 kedai yg sudah siap dibina mahupon masih dalam pembinaan.
orang2 dari luar mula membuka mata.
contoh; kedai2 kain yg dulunya hanya dibuka dibandar2 besar, sekarang sudah ada di kelantan. salah satu kedai tuh, [arrrgggh, aku tk ingat aaa ape nama kedai, orang selalu sebut gak nih] dibuka. masa awal pembukaan, gegak nak mampus. brand name yang dah established laa katakan. tapi, sayang, kata pengunjung[ ahli keluarga aku yang tk sedikit], kualiti kain yg dijual sgt tak standard ie kain corak motif tak lawa + tak up to date, kualiti kain yang rendah. mungkin sangka mereka, orang2 kelantan ini rendah citarasa mereka. mereka silap.kesannya, takde orang masuk kedai. tempat dah strategik, tp strategi bodoh [memandang rendah citarasa pelanggan].
kalau kat pasar siti khadijah tuh, orang lain dok pening2 pikir tak cukup makan, lampin pampers anak, mereka still dengan gelang emas satu, dua lengan. hidup orang2 disana masih seperti biasa, mungkin mereka rasa sedikit lemas dgn kenaikkan semua itu, tapi mereka masih belum terhimpit..
hidup mereka [baca:aku dan kami] simple. keluar minum pagi, [pilih saja nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, gulai, kari], makan tengahari [pilih saja nasi kukus, nasi sumatera ; kegemaran aku nih] mereka bukannya ada panggungwayang. nak bershopping boleh ke kbmall, billion shopping centre. riadah? ade laa bowling lane dekat perdana bowl and di kbmall, futsal court dah banyak tumbuh. takpon pegi pantai. takpon, tgk tv je kat rumah! ade af, ade sinchan, mr bean, cite p ramlee. macam2 ada!
mereka tak perlu rawatan salun tiap hujung minggu, sauna, gym sana sini. tapi ade je orang yg pegi, untuk mereka yg betul2 tak tahu kt mane mereka patut belanjakan duit2 mereka yg banyak sangat tuh. orang kata, bijak membezakan keperluan dan kehendak.
tapi masih kesal dan sedih, bila ade yg masih tak reti memanfaatkan hidup simple nih. mat rempit sana sini. [depan taman perumahan aku yg sentiasa ada polis] dadah aku kira kelantan adalah antara yg tertinggi penggunanya. tak kurang juga anak gadis yg tak reti nk jaga harga mereka. aku kira mereka2 ini, tandus kasih sayang perhatian keluarga. kurangnya sense of belonging. sbb? aku bleh je bahagia dgn family aku! sebab ade diorang yang care! pakcik makcik di kelantan yg tak ambik tahu hal anak, sila ambik tahu hal anak anda ya!

0 comments

most of the time, kalo aku travel dgn train atau flight. tuh pon bleh bilang berapa kali sgt laa aku travel. unless berholiday dgn family ngan kereta laa. and tuh pon, gi kl je. then beban tol tak terasa sangat compared to those yg ulang alik kerja pakai highway. kampung pon dekat2 rumah je. kepada yg dok kerja penang, kampung kat johor. merasalah. ataupon, dok kl, raya pertama balik perlis, raya kedua kene blk johor. pastuh kene patah balik kl. ngahahah. tol dah masuk sebahagian besar belanja raya!
recently, ade desas-desus nak naikkan tol, yang dah jadi punca kebengangan orang2 malaysia [especially those yg terasa effect kenaikkan tol] sejak kebelakangan nih. and yes, menjadi tambah bengang lagi, it is expected that this thursday, pak2 menteri yg bertanggungjawab atau wakilnya mungkin akan announcekan [nak kene saman dgn DBP nih] naiknya sekali lagi bayaran tol untuk kamu sekalian..this time around, sehingga 60 percent rise. dan, sekalian rakyat bersedialah dgn rasional nya tindakan kenaikkan ini, sbg contoh " kerajaan masih subsidi bayaran itu. untuk damansara puchong highway sepanjang 40 km itu, bayaran sebenar adalah RM2.10. gov subsidi 50 sen. so, korang bayar RM1.60 je."sebelum ini, hanya RM1.00.
the rise; effective this 1st january 2007. happy new year~ hohoho..


sumber: klik sini.

mungkin kita kene mula mendidik minda kita. every single thing came with a price. untuk kemudahan, jalanraya selesa, kurang faktor kemalangan, cepat, then anda mesti bayar. cumanya, antara siapa yg perlu bayar? kita atau orang yg sepatutnya menyediakan fasiliti itu untuk orang2 dalam jajahannya? wondering.. tax dah bayar, tak bayar tax kene blacklist, tak kemukakan penyata kewangan kene dakwa, kene saman lagi.

0 comments

baru2 nih tengok balik one tree hill season one.. kejap je tgk pon..tengah bosan.

one day, dalam kelas, kelas psychology kot. cikgu die tanya.. eh, bukan tanya..cikgu die edarkan kertas sorang satu. and suruh tulis kt situ, "for now, what do you want the most in your life?"

these 2,3 days, aku pikir2 jugak. ape yang aku nak skarang aaa?

and aku rasa, aku setuju dengan chad michael murray yang hensem+cool bangat tuh.

i want "answers"..

0 comments Tuesday, December 12, 2006

kenapa shahrizat berani kata dgn penguatkuasaan denda terhadap pemakaian seksi sbg mencabul hak wanita? atau lebih tepat lagi katanya, "ianya amat tidak menghormati wanita disana".
kerana dia tahu ramai yg menyokongnya. kerana dia tahu ramai suara2 wanita di malaysia prefer kebebasan berpakaian [atau mereka pangil itu sebagai hak tulin mereka] berbanding tuntutan agama itu sendiri.
kerana dia ahli politik. dia akan katakan sesuatu yg akan mendapat persetujuan majoriti. untuk memastikan die in demand. untuk memastikan die terus diundi untuk pilihanraya akan datang.
dia berkata bukan dgn rasa die sbg wanita islam yg patut melindungi hak wanita islam. atau, dia bukan berkata sebagai menteri pembangunan wanita dan keluarga. semua itu kerana kepentingan politik.
cuba saja, kalau malaysia ini punyai ramai majoriti yg berkehendakkan wanita2 menjaga tatasusila adab pemakaian seorang wanita. terus saja shahrizat ini menyokong usul terbabit. dan tak mustahil shahrizat sendiri bertudung labuh.. ngahahaha.kata2 orang2 ini tidak boleh diambil kira.mampos laa diorang nak cakap ape pon. tambah plak media2 yg suka sangat menimbulkan isu ini. macam pelik gile kelantan nak kuatkuasakan hal pemakaian sopan itu. dari dulu pon di kelantan itu agak menjaga hal itu. pernah semasa aku masih di sekolah, sampai kpd aku berita rakan sekolah aku ditangkap oleh pihak mpkb [majlis perbandaran kota bharu] kerana berpakaian tidak sopan di tempat umum. tak silap aku, masa tuh budak tuh pakai skirt pendek.
orang politik, mereka berkata sesuatu demi kepentingan politik. even dalam pihak penyokong pembangkang pon ada suara2 yg kurang senang dgn pelaksanaan ini kerana bimbang akan menjejaskan keputusan pilihanraya akan datang. yg tak lama je lagi. aku tak rasa pelaksanaan ini sebagai satu agenda politik untuk meraih undi pihak2 yg berkesedaran akan kewajipan berpakaian sopan, tetapi pelaksanaan ini lebih kepada rasa tanggungjawab mereka sbg pemimpin. aku bukan nak tunjuk aku pro kpd satu pihak, tetapi yg mana betul aku kena iyakan.
china [pada 2004!! since 2004 ok!!] yg turut ban mereka2 yg berpakaian seksi. jaga adab sopan. bukannya jaga budaya adab sopan tatasusila melayu itu dgn melaksanakan pemakaian bermotifkan batik saja.
rasanya; mungkin mereka2 yg membantah ini turut hantar surat bantahan kpd kerajaan china pada masa itu..

0 comments

bile cuepacs mintak kenaikkan gaji untuk penjawat2 awam. kata tpm, kita tgk keadaan kewangan negara dulu. katanya ita tengok kemampuan kewangan negara.
alasan mereka mintak kenaikkan? kenaikkan kos sara hidup. betol. tepat. kos sara hidup memang tinggi.
lepas tuh, masa pembentangan usul pendidikan masa depan negara di nottingham tempohari ada dicadangkan mengehentikan penghantaran pelajar ke luar negara untuk kursus ijazah. hanya ditumpukan penghantaran untuk pelajar2 master atau phd program.
mulanya aku bersetuju. katanya membazir. padahal, mereka ini sepatutnya disimpan di institusi2 pengajian dalam negara. banyak duit dilaburkan. tetapi hanya untuk program degree. lainlah kalau untuk program masters atau phd yg mengkehendaki student2 ini menjalankan research dsbgnya.
dari satu sudut, ade betulnya. tp, kalau kerajaan tak habiskan duit untuk hantar pelajar2 ini, kemana lagi duit hendak dilaburkan secara bermanfaat? takkan semua duit nak habiskan untuk istana negara 400 juta, kediaman rasmi pegawai2 kerajaan juta2, menara pusing2 untuk tarik pelancong juta2 [khabarnya pembinaannya telah dihentikan dan mungkin ditukar ke satu lokasi lain kerana lokasi tersebut dijumpai khazanah2 sejarah, dah ade orang timbulkan isu nih awal2 sebelum pembinaan dulu].
kenapa juta2 boleh diluluskan untuk buat bangunan2. tapi untuk membantu penjawat2 awam ini perlu pula tgk keadaan kewangan kerajaan. kalau lulus nanti, untunglah kakitangan awam. kalau tkde kenaikkan, kene laa mereka terima hakikat, negara kita sebenarnya dah miskin.

p/s:nak mintak naikkan scholar bleh tak? ngahahaha.

0 comments Saturday, December 09, 2006

i got this from a blog :http://kickdefella.blogspot.com/
tgk gaya, obviously, blogger ini tidak senang dgn pemerintahan PM.
itu tak penting, aku cuma rasa, hasil kreatif beliau ini klakar amat.hahahahhhahah
.










0 comments Tuesday, December 05, 2006

masa dunia dilanda peningkatan harga minyak, malaysia termasuk antara yg terkesan. rakyat terpaksa berhadapan dgn kenaikkan harga minyak, yg secara tak langsung kenaikkan harga barang, kerana kerajaan kata die dah miskin. tak mampu nk tanggung subsidi minyak korang. hahah. dah naik harga minyak, mr nice guy cakap naik laa pengangkutan awam. jimat sket katanya.
semalam aku naik bas. aku kesakitan. tapi, aku perlu bernafas. kat sini, orang berneck tie, berkot smart nak mampos pon bleh naik bas. tak perlu berkereta mercedes mata belalang. satu, mungkin mentality mereka yg tak berpegang kepada "kereta [atau ganti saja dengan rumah,dressing etc] adalah simbol kehebatan aku".
dan lagi satu, services. sungguh tepat pada masa. itu bas. di tempat kita, yg komuter yg behenti sharp setiap 2 minit disetiap stesen pon bleh lambat. brape kali kita dengar kes komuter tergelincir landasan laa. landasan rosak kene repair. service tak kerap. menyusahkan. sbb tuh orang pilih berkereta.
memang laa nampak cam aku reti cakap je. tapi, just out of curiosity. kenapa org kt sini bleh buat, kenapa kita tk bleh buat? kata malaysia boleh! ngehheheh.
project banyak. idea ade. [and recently katanya rapid kl nk tambah bas ke destinasi2 sesak. bagus aaa tuh. ] tapi pemantauan? kualiti? buat laa landasan btol2. tkyah setiap setahun nak kene repair. kalau kualiti elok, takdenye die nk rosak. masalahnya, orang kontrak nk untung lebih. kerja mcm buat sekadar untuk "ok, aku dah siapkan project nih" ok, maybe aku pon tk jaga kualiti kerja aku [homework ke, presentation ke] tapi suka hati aku laa. tuh affect markah aku. result aku. tapi orang2 nih, diorang dibayar untuk buat kerja tuh. dan lagi diorang untung besar. pastuh, ape diorang peduli, sbb diorang naik merc, bmw ade driver.
dan orang2 yg nak naik bas, komuter, lrt etc etc tuh bayar duit pon. bukan naik free. and satu lagi hal yg menyentuh aku. masa orang nih naik bas. die bukak wallet untuk ambik syiling. well, perempuan.. :) pastuh, sgn lemah lembut die ambik baki, masuk dalam wallet and masukkan wallet dalam handbag.ape yg menyentuh aku, driver tuh tunggu sehingga orang tuh settle [ambik blk duit baki, masukkan dalam wallet and handbag and gerak ke seat] then baru driver tutup pintu bas and gerak. try naik bas kt msia, tak nyempat2 orang nk settle, terus gerak. nak tergolek2 dalam bas. takpon kene marah ngan driver soh gi dok blakang cepat2.

p/s: aku nih pon, banyak sangat aih tak puas hati... hahaha
marah aa aku. bukan aku naik bas/komuter free. aku bayar beb.

0 comments Monday, December 04, 2006

meletakkan sesuatu pada tempatnya. rasional.jangan bangang sangat. nak beralasan pon biar lojik dipikir akal. jangan bg ada ruang untuk orang [boleh juga digantikan dgn "musuh"] menyerang balik dgn alasan2 dangkal kita.
tapi, bila niat salah, tambah tolak ada yg tak kena, goncang jugak pandangan orang terhadap peribadi kita. pastuh mula lah, kata orang2 yg membangkang ini menggunakan isu untuk agenda politik. cisssss.
robohnya rumah setinggan. robohnya surau. mereka tak rasa zalim. rujuk ini.
tengok alasan yg digunapakai untuk merasionalkan tindakan "tak zalim" mereka itu.
diskaun 7000. kenapa nk pandang harga yg dipotong 7000 itu sedangkan kerajaan sepatutnya bg percuma je. kalau wakil rakyat[yg tentunya duit dah belambak tak abes nak makan!] bleh duduk rumah mewah, siap kolam renang yg dibina dgn alasan [supaya mereka tak lambat hadiri meeting, wakil rakyat sume duduk dekat2, senang mereka nk berdiskusi intelektual mereka!] yg akhirnya, ada yg terbiar kosong. tak kurang juga, die bg sedara mara yg duduk. kata MB, rumah itu hak wakil rakyat itu, suka hati mereka lah nk bagi sape duduk pon! dgn kos 2 juta! yg rumah setinggan ini, kena bayar. bukan sikit, tp rm35000. pikir sket apa yg diorang bleh buat dgn rm35000 itu?? kenapa mereka setinggan? ingat sesuka mereka ke nk duduk atas tanah bukan milik mereka? buat rumah yg nk roboh bila2 masa? sbb kesempitan. abes? kalau dipotong 7000 pon, mana mereka nk korek rm 35000 tuh. tak kesah laaa deposit rm1 ke, tabung perumahan ehsan ke, tapi semua itu mengikat mereka untuk membayar langsai harga rumah yg rm35000 itu.
penempatan sementara dgn sewa rm150. memang. rm150 itu kecil benar kita rasa. tp apa yg orang2 susah itu bleh buat dgn rm150 tuh??
konon alasan surau itu lojik je dirobohkan? sebab mereka "tak zalim"? yg tuntut untuk tidak dirobohkan surau itu sebahagian besarnya adalah bukan muslim, dn sebahagian lagi pemimpin pas yg tak pernah solat disitu. so? ape point korang? tak nampak ke? bukan muslim pon tuntut tanak dirobohkan surau. ko yg mengaku islam, bleh plak takpe roboh surau. tak diimarahkan konon. kau mane tau? ko pon tk pernah solat kt situ. ko tau gi roboh surau je. apa nak dikesah memperjuangkan islam atau perjuangan bertopengkan islam? mereka tk cakap ape2 pasal islam. yg mereka tuntut adalah jangan robohkan surau itu! aku tak tahu cane diorang value surau itu. adakah kerana itu surau yg bukan semahal istana? rumah semahal istana sama je salah disisi undang2 dibiar tersergam. surau tempat orang solat, paling tidak mereka berlindung disurau itu. sampai hati mereka melihat kanak2 tanpa perlindungan.sbb itu bukan anak2 mereka.
terpempan aku tgk cara mereka menghalau penduduk2 disitu. ingatkan lelaki je mengganas. perempuan pon sama. terdengar teriak tangis mereka. sedih. ditanah air sendiri. oleh bangsa sendiri. di media kita sibuk dgn orang menceroboh tanah orang lain. tapi, yg berlaku disekitar kita sendiri tak pernah disebar. [again, isu kebebasan maklumat]
untuk video klik sini.
rasanya ini video mereka yg dihalau keluar dr surau[mereka menumpang tido disurau setelah rumah mereka dirobohkan.]

*updated*
klik untuk photo2 kampung berembang.

0 comments

baru2 nih aku membaca laporan skandal hubungan terlarang-suami-isteri-orang. dan mereka adalah ahli parlimen dan senator! tk usah sebut siapa mereka. tapi mereka, Islam! bagaimanapun, mereka menafikan itu gambar mereka. bagaimana gambar menipu? kalau dgn hasil teknologi sekalipon, ape tujuan orang nak sebarkan fitnah sejauh itu? sedang orang sibuk berkempen di pengkalan pasir, die sibuk berasmaradana di hotel riverview..aaaah, aku kenal hotel itu.
tak kesah laa. tp, tak tau aku nak cakap ape. dah ade suami, nak jugak tackle orang lain! bedebah punya bini.
dan lagi, apa bodoh sgt sampai ambik gmbar dalam hotel. and yet; tak reti nk jaga gambar sehinggakan tersebar. well, itu maybe percaturan Tuhan yg mahukan tingkah yg memalukan itu diketahui umum. orang bilang, bangkai gajah. susah benar nak disorok.
isu ini dibawa ketengah mungkin dgn agenda politik, tapi in a way, membongkar kpd semua rakyat apa sebenarnya disebalik cakap2 manis+baik+innocent seorang ahli politik. sama seperti seorang lelaki ketika nak ayat perempuan.
kalau benar ikhlas dgn cakap manis+baik+innocent itu, maka selamatlah niat,tujuan dan hidup mereka. kalau sekadar menanam tebu dipinggir bibir [betul ke nih?] tak ke mane perginya.

2 comments Friday, December 01, 2006

sambung lagi tgk desperate housewives. susan cam berdendam dgn si iedie yg dah rampas mike yg hensem, kacak bergaya, macho dll. hahahaahahah. salah satu dialog yg menarik perhatian aku "i want to kill her without doing crime!"
yeahhh, dgn orang2 yg aku rasa cam nak balas dendam. aku pon rasa nk balas dendam. rasa cam nak flying kick, terajang, belasah teruk2. urggggghhhhhh, bencinya aku!!! i kept on thinking, sampai hati orang buat aku sedih, mengguris perasaan [ecehhhhhh] ok serious again! sampai tahap tuh je diorang value aku.. like; bodohnye aku!
sudahnya, aku practise dalam toilet [masa tgh mandi] aku tumbuk2 dinding. and guess what? aku rasa relieved sket.[make sure tumbuk sekuat hati.sbb kalo takut sakit memang tak lepasand indeed, ia memang sakit ] maybe this is what they called as "revenge without doing crime".. heheh. mane2 yg rasa berdendam tuh, maybe you should do the same :D




so watch out those people who make me sick!! i am more than ready~ [gelak evil]