2 comments Wednesday, February 28, 2007

yg dok kena serang sekarang nih bukan calang2 orang. PM sendiri dengan hal kroninya, siapa lagi kalau bukan anaknya dan jugak menantu bijak pandainya. TPM dengan jet2 dan komisennya. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan isu AP nya. Ketua Menteri Sabah dengan hal salah guna kuasanya. terbaru, isu Ketua Pengarah BPR. kecuali TPM yg ambil langkah senyap tak respons ape2, semua yang lain tampil dengan "siasatlah jika benar saya bersalah"!

disini ada dilampirkan police report dr seorang wanita mengenai hubungan terlarang zulkifli ini. dalam BH dilaporkan sebagai kesalahan rogol, tapi ikut report polis tuh bukan rogol kot, dah sampai 4 kali abortion! orang macam ini yg dilantik sebagai Ketua Pengarah BPR!! kalau zina die tak nampak salahnya, die boleh nampak salah dalam hal rasuah ke?

report since 1997, sekarang dah 2007. 10 tahun takde penyelesaian?? sampai kan sekarang, tempoh perkhidmatan ketua pengarah ini dilanjutkan utk tempoh beberapa tahun. tapi Musa Hassan boleh lagi bilang, "saya sendiri yg minta utk melihat fail itu" brader, tengok je takde kesannya brader, kene tengok dan ada tindakan!

membaca cerita RPK itu, nampak seolah2 kerajaan malaysia ini berdiri diatas satu komplot besar. masing2 buat hal masing2. hal masing2 itu seperti; komisen dari duit kerajaan banyak2, salah laku sana-sini, kroni sana-sini, rasuah sana-sini, kemudian orang Anti Corruption Agency tutup kes, polis pon tak bleh ambik tindakan. kerajaan yg difunding dari kerahan duit rakyat, kerahan titik peluh orang2 bawahan, masuk tabung kerajaan, kemudian mereka buat sesuka hati, bangunan itu bangunan ini, kemudian baiki sebab retak, project delay [still project dpt kat anak, cucu, anak sedara, sepupu, adik diorang] buat itu ini atas nama pembangunan tapi yg penting, projek masuk kompeni mereka, masuk poket mereka, tak cukup duit, naik harga minyak, naik harga kapal terbang lagi, naik tol, cukai itu ini yg sedia ada.

malaysians!!! wake up!! kerajaan perlukan formasi pemerintahan yg baru. nak government yg 100% effective dan efficient itu mungkin mustahil. tapi kerja kita utk ubah situasi ini! desak mereka sehingga mereka lemas!!

4 comments Tuesday, February 27, 2007

aku tertarik juga mengupas isu poligami, sebgaimana dikupas oleh king. poligami ini bisa buat wanita jadi kurang waras dalam tindakan. boleh buat wanita hilang pertimbangan. bunuh diri, bunuh anak, simbah cuka getah ke muka si suami, mintak cerai antara contoh balas dendam si wanita.

merujuk kepada surah an-nisa, ayat 3, yg satunya Tuhan menyebut jika kamu mampu berlaku adil. tapi dihujung ayat juga Tuhan menyeru, kahwinlah 2,3 atau 4 supaya tidak berlaku kezaliman.

selain hal yg jelas, nisbah bilangan wanita yg lebih ramai, Tuhan punyai sebab kenapa dibenarkan poligami. supaya semua wanita itu diambil peduli hal kebajikannya, supaya semua wanita itu rasa selamat dibawah jagaan lelaki, supaya wanita2 itu terurus di bawah satu institusi keluarga. [supaya takde perempuan2 desperate gi ngorat mana2 lelaki.. opppps!]

tiada maknanya poligami itu, dengan tujuan menyelamatkan seorang wanita lain, dengan menganiayai wanita yg terlebih dahulu dikahwini. jika sampai tahap hilang waras si isteri pertama, itu bukan matlamat dibenarkan poligami. zalim jika membiarkan isteri pertama menderita jiwa mereka demi keizinan sebuah poligami.

aku bukan seorangyg menentang kebenaran untuk sebuah poligami. hal ini lelaki patut faham. nenek aku merupakan isteri pertama, datuk aku bernikah lagi satu tanpa izin. tapi setelah mengetahui beliau dimadukan, yg beliau sedihkan adalah kerana datuk aku menyembunyikan hasrat utk kawin lagi satu. tapi nenek ini tak pernah mengamuk kerana dah dimadukan. siap nenek aku yg menjaga madunya ketika dalam pantang. ok, orang mungkin bilang, nenek aku dah tua. tak kuasa nk layan kalo datuk aku nak bermadu sekali pon. aku bawak contoh yg kedua. mak sepupu aku. pon mengamuk sikit je masa awal2 tahu suami dah kawin lagi satu. ade laa merajuk skit2 sbb kawin rahsia. tapi lepas tuh, aman damai je hidup mereka. maksudnya, ade je perempuan yg boleh terima jika suaminya nak kawen lagi satu. takde masalah. go ahead. kawinlah. i mean, poligami is something possible. tapi kalau sebab poligami itu akan sebabkan cerai berai, isteri sakit jiwa, tertekan sbb tak boleh terima suaminya kawin lain, tujuan Tuhan benarkan poligami itu tak sampai.

nak elakkan zina? dah ada isteri, kawin lagi satu itu the only option utk elakkan zina ke? prinsip utama sebuah poligami itu adalah adil. adil ke kalo si isteri sakit jiwa? sakit jiwa isteri itu bukan kerana beliau menentang atau mempersoalkan kebenaran Tuhan utk berpoligami. tapi tekanan itu satu sifat semulajadi. tiba2 terpaksa berkongsi suami. kadang2, sbg contoh, anak tunggal, tiba2 dapat adik, pon boleh tertekan, sbb tiba2 terpaksa share perhatian dari ibu bapa.kita tak cakap anak tunggal itu tadi menentang kebenaran/hak utk punyai anak lebih dari satu kan?

kadang2 sakit jiwa si wanita itu bertambah2, meluap2 bila ingat2 balik janji2 zaman dulu2. konon takkan ada perempuan lain. takkan pandang perempuan lain. takkan buat si isteri sedih. of course sape2 pon sedih dimadukan! kemudian diberi alasan pula, "people change!"

kalau tanya aku, aku rasa jawapan aku, "kawinlah". kalau betul boleh adil kenapa tidak kan? [sedap mulut je aku cakap. kawin pon tak lagi nih!] tapi, berbalik kepada, kenapa perlu kawin lagi satu kan?


4 comments

aku merasakan, ketidakpedulian masyarakat terhadap keadaan semasa ekonomi politik negara kerana peranan media itu sendiri.

kerana media hari ini yg lebih sibuk berapa hantaran kahwin siti nurhaliza, aleeza kassim kawin kat hotel mane, ella nak kawin dengan datuk mane?? tengok tajuk je dah tahu ape butir isi berita yg dilaporkan. mana pergi journal2, penemuan2 baru, berita politik dunia atau the black and white side of an event. sesetengah orang, tak pernah tahu pon kenapa perang sunni-shiah meletus, and they dont even care to question why/how/when is it happened?? itu bleum cerita lagi bab media yg berat sebelah!

pastuh orang yg tak cakna ini lebih sibuk untuk nak baju kawin macam artis itu ini, nak hantaran coklat strawberry Datuk K-Siti, nak wang hantaran jumlah nombor itu ini dan macam-macam hal bodoh lagi. adoi, isu strawberry coklat siti-datuk k pon nak kecoh. ko dah takde mende lain nak fikir ehh?

media laporkan, kejadian banjir dijohor. kemudian ditambah, tindakan pantas kerajaan menghulurkan bantuan meringankan beban mangsa banjir. itu rakyat tak perlu tahu. kerana itu memang tugas kerajaan. kita lantik kerajaan untuk bantu ketika hal2 seperti ini. di akhbar alternatif lain pulak ceritanya. orang tak dapat bantuan sepatutnya, bantuan lambat tiba dll.

media laporan pembinaan kompleks juta-juta. media war-warkan kompleks ini bakal menjadi pusat tumpuan dunia. terbesar di dunia dan sebagainya. tapi ada kita tau the dark side hasil dari pembinaan kompleks juta2?? boleh saja ditanya kpd expert. i believe they are more than happy to share their views and opinion in stuff like these. seperti juga kenaikkan harga minyak. yg dipaparkan di media adalah seorang dua pakcik makcik mane tah yg diupah sambil berkata, kenaikkan harga minyak ini takde memberi kesan pon pada kehidupan pakcik/makcik. pakcik/ makcik hidup sejahtera macam dulu je. tp aku pernah lihat usaha satu saluran alternatif yg meminta pandangan Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai kesan dan sebab2 yg mungkin kenapa kerajaan menaikkan harga minyak. itu yg rakyat perlu tahu. the stories behind. bukan cerita2 yg direka2. yg buat rakyat merasakan seperti di zon selesa walhal tidak!

begitu jugak hal yg orang boleh jelas nampak. asal tindakan kerajaan je, semua pon nampak baik. seeprti dulunya hal kompleks sukan di pinggir bandar london. sekarang projek itu tergendala, tak siapa nak jawab. hal2 politik parti pemerintah semuanya nampak baik. puteri umno mendapat sokongan penduduk kampung itu ini, putera umno kerja keras, kami dalam umno aman damai. tapi siaplah ko PAS, Keadilan dll. sebagai contoh sekarang ini sidang dewan DUN di Kelantan. satu slot politik menghentam kerajaan PAS. kerajaan negeri roboh rumah, kerajaan negeri ambil tanah rakyat, rakyat serik dibawah PAS, ahli PAS keluar parti dan diselit sedikit Ezam selesai krisis dengan Azmin. tak kurang juga, ahli PAS bakar rumah kerana taksub dengan pemimpin PAS yg mengatakan UMNO itu kafir. anda akan celik jika anda baca laporan2 alternatif. kalau hari2 anda baca utusan berita harian je, hanyutlah dalam penipuan2, putarbelit mereka atau mereka panggil spin-doctor.

media! berubahlah untuk rakyat yg lagi sihat minda mereka! hentikanlah cerita cerai berai orang itu ini, hidup mewah orang itu ini. kembali lah kepada matlamat asal sesebuah penerbitan; mendidik minda orang ramai. bukan jolok pemikiran mereka dengan cerita bodoh, atau putar belit.



0 comments

sbg appreciation kpd joe penang; dengan bersungguh-sungguhnya aku meng"identify" the next 6 weird thing bout myself;

1. tido malam, mesti dengan iringan lagu! then, my laptop is turned on 24-7. once a week je direstart balik.

2. masa kecik takut gile dengan dentist. i.ve never been to dentist till i was 20. i met once when i was 20, sbb sakit gigi yg severe, and now i cant wait to go back home and buat appoinment with the dentist for check up. since nk jumpa dentist kat sini agak mahal.

3. orang bilang perempuan memang pantang dengan shopping, tapi aku tak suka shopping!! tapi duit banyak habis kat makan. aku suka cari tempat makan!!

4.kari ikan masakan emak menjadi kegemaran. tapi part paling aku suka adalah kepala ikan.

5.the only minuman panas yg aku pernah order adalah teh tarik. but, things are a bit different here. cuaca sejuk ini, buat aku sepanjang masa mencari hot drinks. i love latte & capucinno and for now i'm addicted to caramel latte kat satu kedai nih. best!

6. telor kalo digoreng utk aku, make sure die tak overcooked; jgn sampai jadik golden brown kt tepi. anti aku!

4 comments Monday, February 26, 2007

kebodohan manusia itu pelbagai. seperti jugak bodohnya rakyat Malaysia yg Islam yg memerlukan majlis fatwa/ badan bertanggungjawab untuk memutuskan bahawa amalan meraikan hari kekasih/ valentines day itu tidak digalakkan agama Islam.

luahkan kasih sayang anda, expresskan cinta anda utk yg tersayang, antara tagline2 yg digunakan tv, radio utk mengajak orang ramai sama2 menyambut hari kasih sayang kononnya. kasih sayang suami-isteri, kasih sayang ibubapa-anak, kasih sayang adik beradik itu tidak perlu menunggu 14 februari. tak perlu tunggu valentines day utk beli strawberry coklat utk isteri. beli saja bila2 masa anda terasa seperti ingin meluahkan rasa sayang. pokoknya, nak berkasih sayang tak perlu tunggu valentines day.

tv dan radio itu seperti sebuah perniagaan. aim mereka hanyalah untung. demand-supply thingy. tak perlu dikaitkan apa sejarah valentines day. tak perlu dikaitkan dengan dakyah kristian sebagainya. ianya lebih kepada sejauh mana kesedaran kita terhadap bodohnya sambutan2 seperti ini. dan sejauh mana kita celik dalam menilai baik buruk sesuatu situasi.



6 comments Friday, February 23, 2007

takkan nk tunggu nyanyi lagu negaraku baru nak ada semangat patriotik kot? berapa ramai pelajar yg patriotik kerana kesan dari menyanyikan lagu negaraku? berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku pon mereka malas.

yg bercakap hal patriotik itupon, apa yg dia dah buat utk tunjukkan rasa sayang dia pada negara? orang luar memandang malaysia begitu begini. tapi tak siapa berani bangun pertahankan. kerana sedar kita memang ade silapnya. kalau ada silapnya, kenapa tidak berani utk berkata "tidak" kpd ketua mereka sekarang? mereka cium keris, mereka angguk setiap titah PM. PM yang asyik dengan mimpi, "theres a lot of work to be done".

4 comments

so aku di tag oleh kingbinjai. aku tak pernah layan tag2 nih. tp, satu soklan je, layan je lah.

6 perkara pelik tentang aku. [now i wonder, why 6?]

1. kalau makan ayam, pantang bg aku part breast! aku tak suka!
2. aku tak suka chocolate. so takyah ade hati nak bg aku hadiah chocolate.
3. aku rasa deria rasa aku sume dah hilang. aku tak sedih, gembira pon tidak, nak marah pon jauh sekali
4. i love to share things and thoughts in my blog, but; dont ever ask me to speak in a crowd! gigil!
5. tido. bila2 masa je aku bleh tido. br bgn tido pon, if aku pejam mata, bleh lena lagi.
6. i eat a lot, but still, berat badan tak naik2 lagi :(

aku tk plan nk tag the next 6 bloggers. sbb aku tanak korang eterbeban memikirkan 6 mende pelik yg korang ade. lama aku pikir 6 mende pelik nih! in fact, tkde laaa pelik sgt pon. hahahahhah.


9 comments Thursday, February 22, 2007

bagaimana dia justify nyawa 2 anaknya itu berbanding perhatian dan setia si suami?? takde perasaan ke tengok anak2 kecil kelemasan dijerut dengan wayar seterika?? bukan sorang. 2 orang. kecil lagi. ya, suaminya khianat kepercayaannya. tetapi khianat itu dibalas dengan nyawa 2 orang anak??

senang si lelaki bercakap mengenai hak lelaki utk kahwin lebih dari seorang. tapi jika lelaki itu tidak mampu nak handle seorang isteri pon, layak kah utk berdua? dia tidak mampu pon membimbing isterinya utk bertindak waras. ketepikan soal hak. ia bukannya hak. tapi Tuhan beri kebenaran hanya utk yg mampu.

2 comments Wednesday, February 21, 2007

tertubuhnya bloggers united sebulan yang lalu. dengan theme walk with us, para bloggers seperti didalam satu kumpulan.

jeff ooi bilang; sebulan jagung. i think its kinda cute. hahah.

lets pray for this ridiculous suit against rocky and jeff fail!

2 comments

baru-baru ini aku ada menyebut mengenai usaha kerajaan negeri kelantan memberi bantuan kepada warga emas yg mendaftar dibawah skim Kifalah, dikhususkan utk warga emas berumur 60 tahun ke atas.

semalam Awang Adek Hussin dalam utusan menyatakan, "kenapa tak diberikan bantuan ketika mereka masih hidup?"

kedengaran angkuh. dulu sempat jugak lah berbangga. sbb die antara anak kelantan yg berjaya. tapi kenyataan seperti itu, tak sepatutnya keluar dari seorang yg tinggi ilmunya. [atau media yg memutar belitkan, then, itu bukan salah aku!] ini bukan serangan peribadi. mungkin jugak, dia ini mungkin baik orangnya, tapi dalam topeng UMNO, dia dilihat seperti itu. seperti aku melihat sekarang. ya, sebab dasar UMNO yg takkan pernah setuju dengan apa2 usul atau cadangan yg dibawa oleh mana2 parti pembangkang. ambil saja Shahrir Samad sebagai contoh.

Skim Kifalah itu ditujukan kepada waris yg meninggal, yg hidup miskin melarat. diberi RM2500. dari itu bileh juga digunakan utk urusan pengkebumian.

kalau Awang Adek ini sedar ramai lagi rakyat kelantan yg perlukan bantuan, kenapa tidak beliau saja yg turun padang, bekerja, mintak bantuan dengan kerajaan pusat banyak2 and tolong orang2 susah ini?? kerajaan negeri tak menghalang sebarang bentuk bantuan selagi tidak bercanggah dengan prinsip membangun bersama Islam. buktikan UMNO bukan bekerja kerana pancing undi, tetapi kerana tanggungjawab terhadap rakyatnya!!




1 comments Monday, February 19, 2007

Ezam, he got something!! he really is!!

aku suka cara die terjemahkan maksud perjuangan. perjuangan untuk suatu perubahan. bukan jawatan yg menentukan tahap kerja seseorang. berjuanglah. tak semestinya anda naib presiden sesuatu organisasi baru anda hendak menentang salah laku depan mata. selalunya, orang [yg berfikir dalam kotak??] akan pandang jawatan itu sbg level menentukan kredibiliti individu. tapi, hakikatnya, politicians who are true to himself, akan buktikan kepada dunia dengan selantang mana mereka bersuara. bukannya, dia naib presiden parti, so dia adalah pejuang nasib rakyat!


0 comments

wakil rakyat BN digesa utk kerja keras. tak perlu tunggu pilihanraya baru nak tunjuk muka!

tapi malangnya, PM menunggu sehingga hampir pilihanraya utk mnggesa wakil rakyat BN utk bekerja keras!

2 comments

perjanjian konsesi ditayang kepada umum. kalau nak tengok sila ke pejabat Menteri Kerjaraya!

wow! I'm surprised!

setelah orang dipanggil memberi keterangan dibawah akta OSA. tapi dek kerana tekanan demi tekanan, akhirnya, kerajaan akur. atau.. ada ape2 ke nih?

3 comments Saturday, February 17, 2007

melihat perang ke atas shiah, sekatan ke atas Iran yg teguh diatas revolusi yg dibawa Imam Khomeini. Ia suatu yg tidak pelik bg mereka, pengikut shiah. mereka sudah belajar dari hakikat sejarah bahawa, pengikut ahlulbait tidak pernah berhenti ditentang, sejak wafatnya Rasulullah saw. melihat penentangan itu, sedih tidak terhingga puteri kesayangan baginda, pedih lagi bila ayahanda kesayangan dah takde. Fatimah r.a meninggal dunia 6 bulan selepas itu.

sejarah mencatatkan perang pertama sesama Islam adalah perang Jamal, diantara Saidina Ali r.a dengan pasukan Aishah r.a, Talhah, dan Zubair dan turut mendapat sokongan dari pihak Bani Umaiyyah. Aishah itu bukan orang lain, isteri Rasulullah saw. Talhah dan Zubair pula sahabat setia dikala Rasulullah saw berjuang. dan kenapa perang ini harus terjadi? hanya Tuhan yg tahu motif peperangan. tapi menurut sejarah dipihak sunni, mereka berjuang menuntut kepimpinan Ali supaya didahulukan menuntut bela atas kematian Saidina Uthman r.a. namun sejarah sepakat hal Zubair r.a meninggalkan medan perang kerana sedar perang itu tidak harus terjadi. namun, kuasa Tuhan, Zubair mati dibunuh sebelum sempat dia sampai ke Madinah. Talhah pula dibunuh orang di kemnya sendiri, Marwan Ibn Hakam. pasukan Aishah r.a kalah dalam perang itu dan dihantar pulang dengan penuh hormat oleh Saidina ali sendiri. diikuti dengan Perang Siffin, diantara Saidina Ali r.a dan pengikutnya, melawan pasukan Muawiyyah. juga kerana Muawiyyah ingin menuntut bela kematian Uthman r.a.

tentangan demi tentangan yg diterima oleh Imam2 shiah dan juga pengikutnya. kesemua 11 Imam2 mereka mati dibunuh.

Imam Ali mati dibunuh ketika sedang bersolat di masjid di Kufah dan dikebumikan di Najaf.

Imam Hassan diracun oleh si isterinya atas arahan Muawiyyah.

Imam Hussain, umum mengetahui bagaimana seksa pedihnya peristiwa Karbala yg diplot oleh Yazid yg membunuh ahlulbait yg lainnya serta ramai pengikut2 shiah.

Imam Ali Zainal Abidin, mati diracun oleh Husham Ibn Abdul Malik.

Imam Muhammad Al-Baqir mati diracun oleh Husham juga. dikebumikan di di Baqi, Madinah.

Imam Jaafar diracun oleh Al-Mansur Id-Dawaniqi. dimakam di Baqi, Madinah.

Imam Musa diracun oleh Ar-Rashid Arun, dan dipenjarakan. mati ketika masih dipenjara.

Imam Ali Ar-Reza mati diracun oleh Al-Abbasi-Maimun. makamnya di Iran.

Imam Muhammad al-Jawwad mati diracun isterinya atas arahan Al-Mutasim.

Imam Ali Al-Hadi diracun dengan makanan berbisa atas arahan Al-Abbasi Muetamad.

Imam Al-Hassan Al-Ashkari mati diracun oleh Al-Abbasi Muetamad.

dan Imam terakhir mereka, Imam Muhammad Al-Mahdi.

dan bagi Iran, diketuai oleh Ahmadinejad, gertakkan dari US itu bukanlah apa-apa. kalau sejak Bani Umaiyyah, Abbasiyyah pon gagal menghapuskan golongan shiah, mampu ke US dan pencacainya? bimbang nuklear itu hanya satu alasan!!


3 comments Friday, February 16, 2007

kenapa sekarang baru kecoh heboh nak salurkan bantuan berbillion2 ringgit utk menyediakan prasarana ke sekolah-sekolah luar bandar. bukan baru sekarang pelajar2 diluar bandar itu belajar dalam kepanasan tak berkipas kerana kipas rosak, tiada bekalan elektrik. bukan baru sekarang pelajar luar bandar bersusah2 payah nak ke tandas kerana tiada bekalan air bersih atau tandasnya tiada rupa tandas lagi. keadaan ini sudah melarat sejak lama dulu. sejak lama dulu sebahagian besar pelajar luar bandar belajar dalam penuh kedaifan. mereka tak minta makmal komputer dengan beratus komputer tetapi tak reti nak guna! cukuplah dengan bekalan elektrik dan air supaya sedikit selesa. jika ada kemudahan komputer dan diberikan kebebasan menggunakan komputer, itu satu bonus. jangan komputer itu jadi seperti makhluk asing.

kemudahan ini sepatutnya dipenuhi sejak lama dulu. bukannya sekolah2 dipedalaman itu baru ditubuhkan. sesetengahnya bangunan sekolah pon dah nak roboh. tapi, 2007 baru diumumkan peruntukkan tambahan 2.6 billion. selama nih tak sedar ke ade yg berpanas di dalam kelas, tak boleh ke tandas kerana tiada bekalan air??

cikgu pon, jangan kerana mendapat habuan ini buat anda bersenang lenang! memang ramai cikgu2 yg berdedikasi, terima kasih untuk anda! tapi ramai jugak yg mengajar cukup2 syarat je. orang macam nih pecat lagi bagus! kerja cikgu; pekerjaan yg menjaminan kerja sepanjang hidup itu benar2 tidak memotivasikan guru utk meningkatkan produktiviti mereka. itu harus dikaji.



0 comments Thursday, February 15, 2007

kalau dulu, heboh paper dengan ekonomi malaysia terkukuh, bangunan malaysia tercanggih, menara malaysia tertinggi, kerajaan malaysia terhebat, rakyat yg tak paham, angguk tersenyum bangga. yang mengerti rahsia disebalik "ter" itu, akan kutuk sorang2. paling tidak, share dikalangan mereka.

but now MR Prime Minister, you really have malaysia baru! they speak up! they dont just listen, they read and understand and seek truth. they more interested to the stories behind. and they share it with others who do not know!

this letter explain what the RM 1 trillion really is.


6 comments

Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan dalam Utusan hari ini kesal dengan tindakan MB Kelantan yg lebih mengutamakan agenda politik berbanding masa depan SAR.

masalahnya hanya satu, kerajaan akan menyalurkan bantuan hanya jika; SAR didaftarkan sebagai sekolah agama bantuan kerajaan. dulu2, SAR tiada masalah, kerana mendapat bantuan perkapita daripada kerajaan, sehinggalah bantuan perkapita ini ditarik balik. seperti yg dipersoalkan oleh Ismail Noh, kenapa SAR tidak mendapat layanan sepertimana Sekolah Jenis Kebangsaan yg menerima bantuan penuh kerajaan.

dan kenapa pula MB Kelantan itu berkeras tidak mahu mendaftarkan SAR sebagai sekolah agama bantuan kerajaan? apabila didaftarkan dengan KPM, SAR akan sama seperti sekolah kebangsaan. yg mengamalkan dasar dan konsep kebangsaan. dan baru2 ini, MB pernah tampil menjelaskan beliau tiada masalah dalam mendaftarkan SAR. tetapi, 3 syarat yg perlu dipatuhi jika ingin SAR didaftarkan. 2 daripada 3 yg aku ingat; tiada campurtangan dalam pemilihan guru2 SAR, dan jugak tiada campurtangan dalam silibus pengajian. susah ke syarat ini dipenuhi? tujuan syarat itu tidak lain hanya utk memastikan matlamat penubuhan sebuah sekolah agama terjaga.

jika benar kerajaan ikhlas ingin menyalurkan bantuan, kenapa tidak dipenuhi saja syarat itu? kalau tidak ada niat mempolitikkan isu ini, kenapa tidak diteruskan saja bantuan perkapita seperti yg diberi sebelum ini?

2 comments Tuesday, February 13, 2007

the then Sabah Chief Minister, Osu Sukam diburu oleh syarikat judi kerana hutang judi berjumlah RM7 million. dan sekarang, Musa Aman [chief minister sabah! bukan musa Hassan! heheh, musa hassan lain tahun kalau ade bukti] telah direport poliskan oleh Deputy Chairman PKR kerana salah guna kuasa. report polis dibuat setelah laporan ke badan pencegah rasuah dipercayai tiada tindakan lanjutan.

sila ke pautan diatas utk details bagaimana seorang MB yg diawal perlantikannya punyai kekayaan berjumlah RM300 juta pada march 2003, kemudian berlipat ganda menjadi RM1 billion sekarang! orang macam nih ape peduli rakyat die hidup susah pon!

nelayan[sekadar menyebut pekerjaan hidup susah] baru paham macam mana hidup susah kan?? kena pulak mantan PM bilang, nelayan pon boleh jadi PM kalau die mahu.. Pengarah BPR Perak baru, menceritakan dulu2, die pon hidup susah. tapi sayang, idolanya Rafidah Aziz yg orang dok heboh rasuah sana-sini. issskkkkk, dunia..dunia!

kalo dan ACA pon tak bleh harap, tak heranlah kalau Transparency Corruption Index menjunam ke tangga 44! tapi Menteri di Jabatan Perdana Menteri bilang "The position is not too bad"


2 comments Monday, February 12, 2007

cakap2 toyol mengatakan akan adanya rombakan kabinet di tahun babi ini. antara nama yg digosipkan bakal turun takhta, adalah menteri kerjaraya, wakil Sungai Siput, Datuk Seri S Samyvellu.

sebut pasal toll, be it LDP, SMART or Butterworth ingat Samyvellu, sebut pasal kos MRR2 ingat Samyvellu.

and Samy seperti mengambil langkah berjaga2.mengambil kata2nya yg disiarkan tv3; "I'm not the bad boy!" but my dear Samy, it is not convincing enough! it doesnt work for lim kit siang. and me too!


update: Samyvellu dari sudut pandangan Dr Hatta Ramli.


5 comments

cintanya Rasulullah saw terhadap Hussein boleh digambarkan melalui kata-katanya; "Hussein itu dariku, dan aku dari Hussein" penat mendengar, shiah itu mengtuhankan Ali, shiah itu melampau. aku juga penat dengan bila orang bercerita tentang kecintaan terhadap ahlulbait itu, yg mereka persoalkan adalah, "owhhh, die tuh shiah eh?" faisal tehrani juga tentu penat dilabel. sedangkan matlamat utk menanamkan rasa kasih terhadap keluarga Rasulullah saw itu tidak diambil peduli. kenapa kita susah kalau shiah itu mengagungkan Saidina Hussein? Imam Hussein itu tidak diutamakan melainkan kerana beliau adalah cucu kesayangan Rasulullah saw. dan tidak timbul soal dilebihkan Hussein dari keutamaan terhadap Rasulullah saw. Rasulullah saw seutamanya manusia perantara ilmu Allah swt dan manusia. sebahagian sejarah itu ditutup, diubah, agar menepati citarasa sesetengah pihak. laknat keatas mereka!

kadang2 orang persoalkan, kenapa perlu dibangkitkan peristiwa Karbala itu. kenapa pula tidak ditanya kenapa Allah swt ceritakan kisah Nabi Musa, Nabi Isa dan lain2 nabi sebelum Muhammad saw di dalam Al-Quran? tidak lain melainkan, mahukan kita manusia belajar dari sejarah. orang persoalkan lagi, kenapa perlu mencederakan diri ketika ulangtahun peristiwa Karbala. Sayid Fadhil Milani menegaskan,[aku translate:] bagaimana individu itu mahu mengingati peristiwa Karbala itu terpulang. tapi mencederakan diri itu bukan kewajipan atau kehendak ajaran agama ahlulbait. menangisi kejadian Karbala itu sebagai simbol kasih sayang terhadap Imam Hussein dan yg lainnya yg gugur semasa peristiwa itu. dan mourning indivisu itu berbeza tingkatnya terpulang kepada individu. ada yg menangis bagai nak rak, ada yg menangis memukul2 badan tanda merasai keperitan dimasa itu, dan ada yg hanya mampu duduk termenung dan mendalami perasaan sedih keturunan Rasulullah saw ketika itu. its not part of the teaching but rather cultural.

jangan dikongkong pemikiran kita dengan anasir2 "shiah itu taksub", "shiah itu mengtuhankan Ali", "shiah itu mengutamakan Ali dari Rasulullah saw" dll. dan lebih teruk lagi mengISAkan mereka yg menggerakkan Shiah. kita tak boleh menafikan hak mencintai keturunan Fatimah, anak kesayangan baginda Rasulullah saw. sebagaimana sabdanya; "Kedua anak ini adalah anakku, dan anak puteriku. Ya Allah, sungguh aku mencintai keduanya. Maka cintailah keduanya, dan cintailah orang yang mencintai keduanya."

jangan cepat menghukum. dan jangan merasa selesa hanya kerana kita dipihak majoriti. bak kata MNasir, "73 pintu, 73 jalan, yang mana satu engkau pilih?" hanya satu dari 73 ini dijalan yg betul, dan Tuhan tak cakap yg majoritinya adalah betul.

0 comments Sunday, February 11, 2007

rakyat more demanding now,said the PM. because nowadays they are well informed in terms of knowledge, therefore, we have to improve our efficiency.

well, selama nih Paklah rasa rakyat bodoh. ya paklah, saya setuju itu, ramai yg bodoh. itu duluuuuu. sekarang baru tahu ade jugak yg jenis celik?? baru reti nak bekerja keras. walaupon aku dan ramai lagi sedar, itu hanya topeng! kes PRU yg tak lama lagi laa tuh. yessss, you have to work 1000 times harder!!! dulu pon, ade je yg dah celik, tapi sekarang, lagi ramai yg celik, yg tak tidur, yg bangkit dari tidur yg panjang. dah lama sangat mereka dibuai dengan janji2 yg lima tahun sekali. seperti kata TDM, berjanji itu senang, tapi ujian sebenar bermula apabila hendak menunaikan janji.

aku heran dengan mereka ini. semua yg mereka nampak, semua positive.semuanya baik2.

Mereka bergendang gembira mencanangkan nilai dagangan yg mencecah RM1 trillion yg mereka tafsirkan sebagai puncak ekonomi yg kukuh hasil kerja cemerlang AAB. mereka bilang, orang luar mula pandang dan meyakini malaysia utk berdagang. PM patut consider utk bg saguhati utk KM Sarawak ini! sedang ramai lagi yg sangsi, betul eh ekonomi malaysia kukuh benar kedudukannya? tapi kami bukan lagi sangsi, tapi yakin itu hanya cakap manis menenangkan kegusaran rakyat! show me the money!! saguhati jugak utk Presiden Gerakan ini yg merasakan Langkah Berjimat PM Terbukti! Ketua Menteri, Presiden Parti Komponen turun bendang. sama2 dikotori lumpur! cacat sungguh! maybe this is what they call gerakan pemutihan paklah.




2 comments Saturday, February 10, 2007

aku dedikasi kan khas kepada yg berkenaan sahaja. aku tahu, ramai lagi keluarga2 yg mengamalkan nilai kasih sayang, ambil berat terhadap ahli keluarga. masih ramai ibubapa diluar sana yg cakna keperluan akan perhatian terhadap anak2. tapi, ramai jugak yg sepak terajang peranan sebagai ibubapa. tak bleh salahkan ibubapa semata2 jugak. kadang2, anak2 yg dah besar panjang nih pon, takkan nak mengharapkan mak bapak betulkan salah silap korang lagi? dah besar panjang, tak reti2 nak fikir baik buruk tindakan sendiri?

dulu, malaysia pernah dikejutkan dengan saman antara emak-anak, menuntut harta peninggalan si suami-ayah. hari ini, emak melaporkan kepada polis anak yg berusia 19 tahun mencuri barang milik si emak, dan anak menangis sedih ketika dituduh dimahkamah. si emak, dah failed nak tanam dalam otak anak die yg mencuri itu salah [dan lagi satu, apehal anak die nak rompak sampai RM17 000? nak buat ape dengan RM17 000?], report kepada polis itu dirasanya jalan terakhir utk anak die bertaubat kah? mungkin telah si anak, "kalau curi harta orang lain, lagi tinggi nilai dosa, aku rompak pon harta mak bapak aku jugak!" fikirnya. emak yg sepatutnya membelai anak dengan kasih sayang, sedia makan minum, bertanya khabar sihat ke tidak, tetapi hal sebaliknya berlaku, emak mendakwa anak dimahkamah. seolah jauh benar hubungan emak-anak itu. walhal dulu mereka berkongsi rasa.

bersempena February, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja mendedahkan ramai gadis hamil luar nikah selepas Valentines Day. adoiiii !!! bodohnya manusia. entah dari mana datangnya amalan berpesta sehingga larut malam, bergelut di malam hari 14 february! di pusat2, bukan sedikit gadis hamil. ramainya melayu. orang bilang tak fair tuduh melayu ramai di pusat pemulihan kerana melayu itu proportionnya besar berbanding bangsa lain di malaysia yg aman makmur nih. jangan jadi bodoh. sebab dia melayu, aku assume dia Islam. dan sepatutnya, langsung, and i mean it, sepatutnya langsung tidak ada melayu dipusat2 perlindungan kerana hamil luar nikah! kalau pon ibubapa mereka tak sempat nak ajar mengandung luar nikah tuh tak boleh, haram, sekurang2 nya fikirlah sendiri! kalo dah tak boleh nak fikir sangat, tanya orang lain dulu, patut ke tak ko pegi gadai body kat jantan sebab nak make sure jantan ko tuh tak lari?? dan bukan semua yg hamil luar nikah tuh sebab bengap tak boleh nak fikir. semuanya kes menyesal lepas dah jadi anak dalam perut. dan yg tak paham2 lagi, yg tak reti menyesal, yg tak ingat mati, mereka buang anak, dan buat anak lagi. hukuman sedia ada yg diperuntukkan seperti tidak cukup utk menyedarkan mereka yg bodoh bebal ini. bak kata Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, orang dah tahu mengedar dadah boleh dihukum mati mandatori, tapi, makin hari makin berkilo2 banyaknya dadah dirampas.

2 hari lalu, gambar seorang bayi kecil. dibiar di atas rumput, dibuang ibunya. tiada sikit pon rasa kesian, kasih kepada anak kecil. atau paling kurang, berikan rasa hormat pada satu nyawa. kalau lah bayi itu boleh berkata, sedih sungguh rasa hatinya mungkin, melihat dirinya dibuang seperti tiada nilai, ditinggal diatas padang rumput, ditepi tong sampah. sedang rakan seangkatan lain yg disambut gembira kelahiran mereka.

2 comments Thursday, February 08, 2007

DSAI bilang die ade bukti laporan BPR mengenai salahlaku rasuah Rafidah Aziz semasa beliau masih menjawat jawatan sebagai TPM dan Menteri Kewangan. dan hal ini diulang2 beribu kali semasa sesi2 ceramah beliau sebgai penasihat PKR.

TDM pulak dalam satu sesi temuramah kesal dengan pemerintahan Paklah dengan menutup mata salah laku Rafidah yg didakwanya mengeluarkan beribu AP di bawah pemerintahan sekarang. sambil menegaskan, Rafidah tiada salah laku rasuah semasa dibawah pemerintahan beliau. kiranya dibawah Paklah Rafidah berani tunjuk belang sebenar. tak lupa jugak TDM melabel DSAI sebagai pembohong apabila mengatakan mempunyai bukti salahlaku rasuah Rafidah.

jangan lupa, Ezam Noor pernah ditangkap dan dipenjarakan dibawah OSA kerana memiliki laporan rasuah Rafidah dan Rahim Thamby Chik.

kalau semalam saya rasa seperti boleh melupakan salah silap TDM 9 tahun yg lampau, sekarang saya pasti, die tidak patut dimaafkan sehingga mengakui salah silapnya! tapi, dalam hal mengebom Paklah, you are most welcome! ya Tun, kita mungkin tak sebulu, tapi kita bertemu disatu titik; mengecam pemerintahan yg lemah dan cacat!

aku membayangkan, akan ada satu masa di hadapan, PM yg ke-4 dan ke-5 ini sama-sama rebah. cuma tertanya, siapa dulu yg akan rebah?



4 comments

beberapa hari lalu, berita mewar-warkan 4 beradik yg tidak ke sekolah kerana kurang keyakinan sibapa terhadap tahap pendidikan disekolah kebangsaan. kes itu dikelantan. sampai begitu sekali ragu2 bapa itu kpd sistem pendidikan kebangsaan. bagaimanapun, alasan kenapa anaknya tidak meneruskan pembelajaran dimana2 sekolah tidak aku jelas kenapa. dan UMNO Kubang Kerian turun padang, membantu menampung segala keperluan sekolah empat beradik itu. dengan segala bentuk bantuan yg dihulurkan, aku assume kesempitan hidup salah satu sebab juga kenapa mereka tidak dihantar ke sekolah.

tidak sampai seminggu, hari nih, di kawasan machang pula. 5 beradik anak yatim pula tidak kesekolah kerana dihimpit masalah kewangan. kesusahan hidup. PPD berusaha mendaftarkan mereka kembali ke sekolah. dan sekali lagi UMNO bahagian turun padang membantu mereka. UMNO Kelantan benar2 bekerja keras mahu menawan kelantan. siap ade masterplan utk dipersembahkan kpd Imam Besar lagi tuh!

saya tak mahu Annuar Musa!



4 comments Wednesday, February 07, 2007

"Tetapi saya sudah bertaubat atas keterlanjuran kata yang menyinggung umat Islam"

Islam itu bukan hanya pada sembahyang 5 waktu, puasa ramadhan, zakat dll. tetapi juga, ia aspek hubungan seorang hamba dengan Tuhannya, hubungan dengan pesuruhnya; para nabi dan Rasul. keterlanjuran itu bukan patut disandar kepada kelemahan manusia yg kadang2 lupa utk hormat kepada Rasulullah saw, tetapi kerana lemahnya manusia itu sendiri menjaga hubungannya dengan Rasulullah saw dan Allah swt.

macam mana nak hormat orang lain, macam mana nak hormat Rasulullah saw, diri sendiri pon die tak hormat. mencari reseki itu tuntutan. tapi harus dipastikan cara dan ciri pekerjaan itu.
matlamat tak menghalalkan cara! sabda Rasulullah; "sesungguhnya Allah swt itu baik, tidak Dia terima melainkan yang baik" kerja jadi pelakon, pastuh buat statement, "saya cari rezeki halal utk kami anak beranak" die yg dah tua nak mampos tak sedar2 lagi. bleh blah.

macam mana die definisikan taubat agaknya?

5 comments Tuesday, February 06, 2007

teringat ceramah Tuan Guru Nik Aziz sebulan yg lalu, katanya; seorang muslim boleh beriman pada sebelah paginya, dan kafir pada sebelah petangnya. Islam itu bukan hanya pada pengakuan dengan lidah, mengamalkan dengan perbuatan, tetapi yg paling utama yakin dengan hati. [gelak aku mendengar contoh dari beliau; seseorang tuh bleh cakap die nak pegi masjid, sampai masjid solat berjemaah, tapi dalam hatinya bilang, lepas nih nak curi selipar jemaah lain!] ikhlas mereka dengan Islam, boleh jadi mereka dari golongan mukmin. jika mereka ragu2, sesungguhnya mereka dalam kemunafikan. dan orang mukmin ini, didoakan oleh para malaikat agar diampunkan dosanya. dan semoga manusia mukmin itu tetap dalam keredhaan Allah. Masya-Allah.

kita taknak pengakuan kita kepada Islam hanya kerana ibubapa kita Islam. abes? kita Islam kerana kita percaya kpd kebenaran Islam itu sendiri atau kerana keturunan? agama buat mcm baju. suka2 nak tukar. salah itu terpikul dibahu orang yg bertanggungjawab membesarkannya. dari kecil die hanya tahu bapanya penagih dadah, mak banyak kali kawin. tak sempat nk ajar anak kefahaman Islam. tak sempat nk menanamkan asas Islam dalam dirinya. sehingga beliau cari haluan sendiri. sedar laa weh melayu!

keluarga porak peranda,tak dapek den nak nolong. tapi, seharusnya kita masih boleh berharap kepada subjek Pengajian Islam. 6 tahun di sekolah rendah, 5 tahun disekolah menengah. malah sehingga ke peringkat universiti di malaysia pon masih lagi diajar subjek ini kepada pelajar2 Islamnya. mana pergi matlamat subjek, menerapkan kefahaman Islam ke dalam diri muslim? again, sama seperti subjek sejarah, yg hanya diajar utk lulus peperiksaan, bukan memberi kefahaman, tetapi menghafal butir penting dan skema jawapan utk peperiksaan dihujung tahun!

melayu yg tak bangang jangan dok terasa plak!



6 comments

we can forgive but we cannot forget. ya, mungkin dia layak ke atas pencalonan itu atas dasar ketegasan beliau menentang keganasan kemanusiaan, tapi bila ingat balik peristiwa 9 tahun lampau, aku jadi bingung!

update:
  • PKR keluar dengan 8 dalil kenapa TDM tidak layak utk Nobel Peace Prize 2007.


0 comments

mereka bercakap mengenai tol kepada pemandu yg bersendirian memasuki KL. yet, their problems on pengangkutan awam sejak dari awal masih belum dapat diatasi sehingga sekarang. ya, sesekali kerosakkan is expected. tapi tanya saja kepada pengguna yg seringkali menggunakan servis ini kerana tiada pilihan [KTM komuter, monorail, LRT etc], bukan sekali servis itu "sangkut". dan selalunya ambil masa beberapa jam utk kembali pulih.

0 comments

klik utk senarai video2 sekitar perhimpunan aman membantah kenaikkan tol sebelum polis yg menimbulkan kekecohan dengan menangkap Tian Chua dan Chegubard yg mula bercakap kepada peserta2 demo yg k-4.


4 comments

skim yg sepatutnya bermula pada 2008 akhirnya dibatalkan oleh AAB. semasa kenyataan akhbar memalui TV3 semalam, AAB dengan sinis berkata, "ibubapa kenalah berbelanja sket utk pendidikan anak2. takkan semua nak tunggu kerajaan bg percuma. mana ade negara yg nak bg semua percuma." decision itu juga diambil kerana mengambil kira kerajaan terpaksa mengeluarkan bajet tambahan RM100 juta utk tujuan itu serta mengambil kira syarikat2 pembekal buku teks yg akan kehilangan sumber pendapatan.

kepentingan syarikat pembekal buku teks yg diambil kira berbanding kehidupan rakyat yg hidup susah. mengikut scheme sekarang, pelajar yg ibubapa berpendapatan RM2000 ke bawah sahaja layak menerima bantuan buku teks. memanglah RM2000 itu nampak selesa. tp kalau die ade 10 anak, tak ke naya? [ke kerajaan nak suggest plak, takyahlah beranak ramai2??] itu masih belum dikira jika anak dah masuk universiti. sekarang ini, PTPTN juga membuat pemilihan, pelajar2 tertentu sahaja layak menerima pinjaman penuh PTPTN. yg selebihnya menerima 50% pinjaman atau langsung tidak layak utk menerima pinjaman PTPTN.

itu belum dikira lagi dengan potongan2 yg ditanggung oleh ibubapa. mana nak bayar loan kereta, loan rumah, bills, sakit demam etc. AAB dan menteri lainnya cakap senanglah. die sume kerajaan tanggung. why not die yg korbankan dulu kemudahan2 yg dia dapat. kenapa kerajaan boleh berbelanja RM 287 million for a MATRADE building, RM198 million for a training recruit centre, RM190 million for MRR2 (yg kosnya meningkat kerana kecuaian kerajaan dalam pemberian kontrak kpd kontraktor tidak bertanggungjawab).

berapa banyak dihabiskan utk mengubahsuai rumah PM di putrajaya diawal perlantikan beliau sebagai PM? berapa banyak dihabiskan utk penyelenggaraan rumah dan kawasan sekitar putrajaya? dan duit siapa? RM440 juta utk sebuah istana baru itu lebih penting dari perbelanjaan utk skim buku teks? (ya, ia lebih penting, tgk kepada siapa pulak projek itu diberikan!)

berhenti bercakap mengenai "berkorbanlah sikit" kerana sudah terlalu banyak hak dan kemudahan rakyat dikorbankan!


2 comments Monday, February 05, 2007

depan belakang. yg penting, media yg dibawah pengaruh kerajaan BN ini tidak "segan silu" menyiarkan serangan2 keatas menteri kerjaraya. dan yg si penyerang pula calang2. Nor Mohamed Yaakop melalui laporan di NST. mereka menyatakan kekesalan mengenai pemberian projek kepada kontraktor yg tidak berpengalaman, kontraktor sakit, kontraktor bodoh pikir untung etc.

dan jugak majlis peguam negara melalui Utusan, menggesa menghentikan siasatan ke atas pendedahan dokumen perjanjian konsesi. kerana mereka memandang tiada sebab mengapa dokumen itu perlu dirahsiakan. Samy tuh siap nak orang yg terlibat dedahkan dokumen itu kene jail setahun. deyyy pooo dahhh!

now, Paklah and the gang, what do you have to say about that? dah beribu orang persoalkan hal nih sebelum nih, utusan tak pernah nak siar. berani plak kali nih die siarkan ya??

0 comments

melalui Anwar Ibrahim 3.0, polis mengepung sejak jam 5 petang sbb tanak bg DSAI sbg penceramah utama berucap. setelah berunding sendiri dengan polis, OCPD bertegas tidak membenarkan, tingkah DSAI, “Kamu boleh apa yang kamu buat kerana kamu ada kuasa. Tetapi kini rakyat ingin menunjukkan kuasa mereka.” cerita lanjut disini. kebelakangan ini jarang kedengaran permit gagal diperoleh oleh Keadilan. sekarang menjadi2 plak pihak berkuasa menggunakan sepenuh kuasa yg ada menghalang ceramah Anwar. ingatkan cerita beliau tak dapat permit nih cerita 9 tahun dulu.

saya suka ayat itu!!!! seriously i love it! ia ada unsur ketegasan, berani! saya suka, saya suka!

sedang PM belum punyai ilham, menurut MB N Sembilan yg giat merancakkan jentera pilihanrayanya, meramalkan bakal berlangsungnya PRU 12 antara Disember 2007 dan Mac 2008. dan tiba2, MB Perak in action!


0 comments Sunday, February 04, 2007

siri demo yg ke 4 di IOI Mall hari ini, 13 aktivis pula ditangkap. termasuk Tian Chua, Hatta Ramli, Sivarasa Rasiah, Ronnie Liu [again!] badrul hisham is one of them too. [badrul hisham nih chegubard yg nak naik pelamin this 16th eh?] and i guess mereka takkan pernah berhenti berharap untill someone up there, tak kesah laaa tingkat 4 ke tingkat 5 yg tunduk atau sekurang2 nya memberi respons kepada tuntutan mereka.

kalau 22 january lalu, 21 org ditangkap, dan penangkapan itu mendapat perhatian antarabangsa. tunggu saja respons dari penangkapan kali ini. kerajaan benar2 mahu buat semua rakyat tunduk diam terhadap ape saja keputusan yg mereka buat. walaupon tindakan mereka sesetengahnya tak masuk dek akal. nak kata bodoh, die bleh jadi menteri.

ape pon, lawan tetap lawan!


update:

  • thanks to the photographer for this great photos.
  • laman PKR juga punyai berita beserta gambar.


0 comments

pengkalan pasir pernah merasa
pasir di pengkalan tak jadi mas suasa
ini batu talam batu geliga
artinya dalam Tuhan menduga
siang malam berkempenlah kera
sibuk bersalam janji pon bermula
undi hantu sudah pon siap sedia
orang mati pon boleh bangkit semula
pinjam jasad untuk pangkah neraca
roh kembali menemui spr
syurga neraka belakang kira
janji menang upah ada
timbang berat neraca tak sama rata
tipu helah janji rakyat dibela
hanya dongeng semata-mata
selagi spr ditelunjuk kera
selagi itulah rkayat jangan percaya
cemerlang mereka dalam gelita
gemilang mereka bersalut dusta
terbilang mereka bergelumang dosa
kos hidup terus berlipat ganda
semua keperluan naik harga
islam hadhari memimpin bangsa
semua habis porak peranda
anak menantu bolot belaka
sifat pura-pura mainan mereka
menyembah memeluk yahudi celaka
maruah negara tidak diambil kira
rasuah berlaku di merata-rata
sayang bertompok benci melata
kesian altantuya menjadi mangsa
angkara siapa bisu belaka



sajak ini dibacakan oleh datuk paduka ibrahim ali semasa ceramah penerangan boikot.

5 comments Saturday, February 03, 2007

i had a phone conversation with a friend last month. begitu-begini ceritanya. termasuklah memberi update mengenai aktiviti beliau sekarang. katanya begitu sibuk sekali dengan tugasan2 di university.. katanya makin lama makin mencabar tugas sebagai pelajar. aku tanya, cabaran yg bagaimana? die bg contoh. katanya, tak lama lagi die ditugaskan utk sertai community service. aku tanya, kene buat ape? tingkah beliau, "entah, aku pon tak tahu. bende nih untuk subjek agama[die ade ckp yg khidmat masyarakat itu dinilai untuk credit hours bg subjek berkenaan]. nanti aku pergi je. diorang dh siap2 bg grup. aku kene pegi je kampung tuh. nanti organizer cakap laa kene buat ape"

dah tahun akhir di universiti. nak buat community service pon kene ade orang yg uruskan. ape yg dinilai pon aku tak tahu laaaa. ape yg diorang nak nilai? tengok budak2 itu buat kerja atau tidak? and thats it! kerja yg sudah siap diatur, kemudian siap diberi arahan kena buat ape blablablabla. sume nya disiapkan. those who did IB in their previous college should know about community service very well. yg diberi hanyalah arahan untuk melengkapkan 150 hours in two years time with community service. they have to produce report. the student did everything. starting from proposal, nak buat ape, how to raise fund, plan sendiri apa yg diorang nak buat[bukan hanya menunggu arahan!], siapa yg diorang nak tolong etc. they call it CAS [creativity, action, service]

berbalik kpd university tadi. ape yg diorang nak terapkan kpd student tuh? student buat sekadar nak memenuhi credit hours utk lengkapkan degree, then habis begitu sahaja. mana pergi cita2 nak melahirkan graduan bertaraf dunia? sehinggakan hal sebegitu pon mereka disuap. berkesan ke khidmat masyarakat yg sebegitu rupa?

seterusnya dirumus dari kuliah jumaat oleh Haji Husam Musa.

Rasulullah saw membandingkan orang yg buat khidmat masyarakat kepada orang miskin, golongan armalah[ibu tunggal] dan anak yatim sama seperti mujahidin fisabilillah. menerapkan nilai suka menolong orang yg susah itu sangat positif. terutamanya kepada golongan2 berpendidikan. pertolongan tidak semestinya melalui bantuan material semata2. ia boleh jadi bantuan dari segi motivasi, sokongan moral dan sebagainya.

sehubungan dengan itu juga, kerajaan negeri Kelantan telas meluluskan satu jawatankuasa yg diberi nama TAMADUN. TAMADUN adalah satu jawatankuasa yg disertai oleh sesiapa yg berminat [digalakkan juga untuk pesara2, anggota kerajaan yg berminat utk membantu golongan armalah dan anak yatim] yg bakal membantu golongan2 armalah yg dkenal pasti dalam kesusahan samada dari segi bantuan kewangan, motivasi dan sebagainya. mereka juga akan memantau kehidupan anak2 yatim dan golongan armalah ini.

selain daripada itu, kerajaan negeri juga memperkenalkan sistem takaful yg diberi nama Kifalah. Kifalah ini dibuat utk pemastautin di kelantan yg berumur 60 tahun ke atas.melalui sistem ini, bagi sesiapa yg mendaftar, RM2500 akan diberikan kpd waris mereka termasuk untuk urusan pengkebumian. RM2500 ini sangat besar ertinya utk orang susah. bagaimanapun, skim ini tidak tertakluk hanya utk orang miskin. tetapi utk mereka yg berkemampuan, mereka dibolehkan dan digalakan menandatangani surat utk membenarkan RM2500 ini diberikan kpd golongan2 yg dirasakan memerlukan. so, anak2 yg ada ibubapanya dikelantan, bolehlah suruh mereka mendaftar melalui penghulu atau wakil rakyat kawasan masing2. ini dua inisiatif kerajaan negeri untuk memberikan khidmat kepada masyarakatnya. usaha ini sepatutnya mendapat respons dan sambutan daripada anak2 muda. kalau tidak berkemampuan dari segi materialnya, kita tentunya mampu menolong dari segi ilmu. paling kurang, tenaga empat kerat kita!

p/s: daripada panjat pokok semata2 utk pasang bendera, baiklah meredah kampung menolong mangsa banjir.

2 comments Friday, February 02, 2007

paper pon dah pening nk report statement dari uncle samy nih. dalam utusan, kos awal diumumkan kabinet dikatakan berjumlah RM18 juta, tapi dalam berita harian dikatakan anggaran kos dikatakan berjumlah RM 40 juta berbanding kos sebenar pembaikkan MRR2 adalah RM70 juta tidak termasuk kos awal pembinaan berjumlah RM120 juta. dalam the star die tak sebut plak brape. rasanya kabinet memang umumkan RM40 juta. tapi itu bukan halnya. halnya adalah RM70 juta kos pembaikkan vs RM120 juta kos membuat MRR2?

bila dah nak mula projek baru nak ambil kira utk baiki sama kesemua tiang berbanding 18 tiang yg dilaporkan retak. kalo tak retak knape nak repair sama?? pertambahan kos menurut the star adalah kerana mereka upah consultant dari Germany dan jugak bukan sekadar pembaikan terhadap 18 tiang yg retak tetapi jugak kos memeriksa 13 tiang yg lain.

and still, SAmy bilang konsep reka dan bina yg diamalkan sekarang adalah efektif dari segi masa dan kos! deyyyy Samy, sometimes you should listen to others!


0 comments Thursday, February 01, 2007

i read an update from kit siang's blog this morning. it is about an interview by our beloved PM with the Financial Times published on 29th January 2007. he said, "many Muslims aspire to set up an Islamic government. I dont think that Islam is the only way to solve all the problems." he added, " a government that is just, a government that is trustworthy, that become people-centred, that is islamic. We must see what a government professes, what the government does, and if it is good, that is islamic. a government can have Islamic values, without the label Islamic" you guys can read the whole interview transcript from here.

inilah yg dilabel oleh PAS sebagai pemerintah sekular. ini yg diperjuangkan PAS yg mahukan sebuah negara Islam dan menuntut pentadbir sekarang turun takhta, habis-habisan menyerang. hipokritnya mereka, berdiri di sebuah kuasa atas nama Islam.


0 comments

finally. Ronnie Liu was the first. followed by Tian Chua and Khalid Ibrahim. pendedahan mereka untuk sebuah keadilan. semuanya gara-gara Samy Vellu atas nama kabinet mengklasifikasikan toll agreement dibawah OSA. No doubt, he is a very good politician at playing with words! banyak belit2. banyak simpang2. macam roundabout, banyak cabang! wonder jugak aku sape yg bleh ganti peranan beliau. die benar2 bukan menteri satu penggal!



0 comments

melihatkan kenyataan Abdullah dalam media semalam yg berbunyi, "belum ada ilham lagi" aku tafsirkan sbg ketidakpastian Abdullah akan sokongan terhadapnya. dia tidak pasti adakah sokongan terhadapnya seteguh ketika dia mula menaiki takhta sbg PM. beliau teragak2 adakah sokongan rakyat masih kukuh seperti ketika beliau muncul dengan gagasan Islam Hadhari hasil buah tangannya. setelah satu demi satu kritikan yg disampaikan secara terbuka terhadapnya. dimulai dengan mantan PM, dan kemudiannya diteruskan satu persatu pekung dibuka termasuk oleh barisan pembangkang. dan kini tak perlu lagi DSAI, Hadi Awang, Tuan Guru Nik Aziz, Tian Chua, Kit Siang atau Husam Musa [sekadar menyebut beberapa bintang barisan pembangkang] menyinsing lengan menghebahkan salah laku pentadbiran sekarang, kini bloggers pula yg mengambil alih, habis-habisan menyerang, menyebarkan salahlaku dalam pentadbiran sekarang dan mendesak pentadbiran AAB turun dengan cara terhormat. sekarang beliau kelemasan. tak hairanlah wujudnya gerakan yg dinamakan Gerakan Pemutihan Paklah. berlumba2 bakat2 baru menjulang2 nama baik Paklah.

bila ditanya bila PRU yg ke 12, AAB sendiri tidak pasti. mungkin die nak check tengok dulu. nak timbang mana2 yg patut. seperti jugak bila ditanya berapakan kadar sewa Airbus A320 yg dikenakan oleh PMB, pon beliau jawab, "nanti saya check tengok". seperti jugak bila ditanya Scomi ada terima kontrak kerajaan, die bilang, "tak. takde. saya akan tengok dan siasat kemudian berkenaan syarikat itu"